Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Inisiatif sabun beras pupuk usahawan kecil tempatan
  • TEMPATAN

Inisiatif sabun beras pupuk usahawan kecil tempatan

Utusan Sarawak 2 days ago
Datuk Rosey Yunus berucap pada majlis perasmian Bengkel Pembuatan Sabun Berasaskan Beras anjuran Dewanita DUBS Bintulu semalam.

BINTULU: Usaha mempelbagaikan penggunaan sumber tempatan seperti beras mampu membuka peluang keusahawanan baharu kepada komuniti, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu itu berkata, inovasi pembuatan sabun beras bukan sahaja menyokong pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), malah berpotensi tinggi untuk dikomersialkan kerana permintaan terhadap produk penjagaan diri berasaskan bahan semula jadi semakin meningkat.

“Bengkel ini memberi ruang kepada peserta mempelajari kemahiran baharu yang boleh diterjemahkan kepada sumber pendapatan.

“Jangan berhenti pada peringkat pembelajaran, tetapi hasilkan produk dan uji pasaran,” katanya.

Datuk Rosey Yunus merakam gambar bersama peserta Bengkel Pembuatan Sabun Berasaskan Beras selepas majlis perasmian program anjuran Dewanita DUBS Bintulu itu di Bintulu semalam.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bengkel Pembuatan Sabun Berasaskan Beras anjuran Dewanita Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Bintulu di Dewan Suarah di sini, semalam.

Datuk Rosey turut memuji inisiatif DUBS Bintulu dengan sokongan Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak dalam memperkasa masyarakat melalui program yang menekankan kreativiti, inovasi dan kelestarian.

Katanya, kerjasama antara agensi kerajaan, swasta dan komuniti penting bagi memastikan inisiatif pembangunan ekonomi setempat dapat diteruskan secara konsisten.

Program berkenaan menghimpunkan peserta dari pelbagai latar yang berminat mempelajari proses pembuatan sabun beras sebagai langkah memulakan perniagaan kecil berasaskan produk semula jadi.

Oleh Tarani Lanting

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Media Sarawak dihargai, terus jadi mata dan suara rakyat – Nancy
Next: Sarawak sasar jadi hab pelancongan perubatan serantau menerusi IMTC 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.