Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jepun keluarkan amaran tsunami di Iwate selepas gempa bumi bermagnitud 6.7
  • GLOBAL

Jepun keluarkan amaran tsunami di Iwate selepas gempa bumi bermagnitud 6.7

Utusan Sarawak 9 hours ago

KUALA LUMPUR: Amaran tsunami telah dikeluarkan ke atas Wilayah Iwate selepas gempa bumi kuat berukuran 6.7 magnitud melanda perairan pantai Sanriku di timur laut Jepun pada sekitar 5.03 petang (waktu tempatan) Ahad, lapor Kyodo News.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), gempa bumi pada kedalaman kira-kira 10 kilometer itu mencatatkan intensiti seismos 4 pada skala tujuh mata Jepun di beberapa bahagian wilayah berkenaan.

Kyodo News turut melaporkan bahawa sebahagian daripada perkhidmatan kereta api laju Tohoku Shinkansen terpaksa dihentikan akibat gangguan bekalan elektrik selepas gempa bumi itu.

Pihak berkuasa Jepun masih memantau keadaan berkenaan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Gempa bumi 5.6 skala Richter landa timur Yamada, Jepun – USGS
Next: Kemas kini: Jepun catat Tsunami kecil selepas gempa bumi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.