Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pelajar Kabong istiqamah dalami al-Quran, cita-cita lahirkan generasi berakhlak mulia
  • Selatan
  • WILAYAH

Pelajar Kabong istiqamah dalami al-Quran, cita-cita lahirkan generasi berakhlak mulia

Utusan Sarawak 20 hours ago

Dato Mohd Chee Kadir semasa menghadiri Majlis Khatam al-Quran SK Haji Junid Gerigat, dekat sini pagi tadi. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong

KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berharap semua pelajar yang diraikan dalam Majlis Khatam al-Quran Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Junid Gerigat akan terus istiqamah mendalami kalamullah dan membentuk jati diri sebagai generasi berilmu serta berakhlak mulia.

Beliau yang hadir bersama isteri, Datin Meryani Yassin menyifatkan majlis yang berlangsung penuh keberkatan itu bukan sekadar acara tahunan, tetapi lambang kecintaan terhadap al-Quran dan bukti pencapaian cemerlang para murid dalam menamatkan bacaan mereka.

Dato Mohd Chee Kadir semasa menghadiri Majlis Khatam al-Quran SK Haji Junid Gerigat, dekat sini pagi tadi. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong

Chee Kadir turut merakamkan ucapan tahniah kepada 34 pelajar yang berjaya mengkhatamkan al-Quran tahun ini, sambil melahirkan rasa bangga atas disiplin serta ketekunan mereka. 

Pada masa yang sama, beliau turut mengapresiasi usaha guru agama, ustaz, ustazah serta ibu bapa yang menjadi tunggak kejayaan anak-anak.

Dato Mohd Chee Kadir semasa menghadiri Majlis Khatam al-Quran SK Haji Junid Gerigat, dekat sini pagi tadi. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong

Beliau menggesa agar ilmu al-Quran terus dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian, selain menjadikan rumah sebagai madrasah yang memupuk nilai Islam sejak kecil.

Dalam ucapannya, Chee Kadir menegaskan pentingnya sokongan masyarakat setempat untuk memperkukuh program keagamaan dalam usaha melahirkan masyarakat yang berakhlak, bersatu padu dan seimbang dari segi ilmu serta rohani, selaras dengan hala tuju kerajaan negeri di kawasan Kabong.

Dato Mohd Chee Kadir semasa menghadiri Majlis Khatam al-Quran SK Haji Junid Gerigat, dekat sini pagi tadi. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong

Sebagai komitmen terhadap pembangunan sekolah, beliau mengumumkan beberapa inisiatif baharu termasuk pembesaran dewan terbuka (sengkuap), penambahan kipas, pembinaan pagar di tepi padang sekolah, serta peruntukan RM5,000 bagi penyelenggaraan Majlis Khatam al-Quran 2025.

Majlis turut diserikan dengan pertandingan sungan yang menarik penyertaan seramai 15 murid.

Dato Mohd Chee Kadir semasa menghadiri Majlis Khatam al-Quran SK Haji Junid Gerigat, dekat sini pagi tadi. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong

Pada akhir acara, Chee Kadir sekali lagi menzahirkan harapan agar pelajar terus berpegang teguh kepada al-Quran, menjadi generasi yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga luhur akhlaknya, aset penting untuk masa depan Kabong.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ramah Mesra PKKS Subis dimeriahkan tiga pemimpin utama
Next: 2,000 kanak-kanak di Sibu hidap penyakit serius, hanya sedikit terima penjagaan paliatif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.