Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kaki terperangkap dalam lubang saluran air
  • Utara
  • WILAYAH

Kaki terperangkap dalam lubang saluran air

Utusan Sarawak 7 hours ago
TERPERANGKAP….Pasukan bomba berusaha mengeluarkan kaki mangsa yang terperangkap di dalam lubang saluran air di bilik mandi rumahnya di  Jalan Dato Permaisuri 1B, Permyjaya, di Miri petang tadi

MIRI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun melalui detik cemas apabila kaki kirinya terperangkap dalam lubang saluran air di bilik mandi rumahnya di Jalan Dato Permaisuri 1B, Permyjaya, di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lutong, Henry Jugah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.09 petang sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati kaki mangsa tersangkut di dalam lubang saluran air di bilik mandi. Anggota bomba kemudian menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan kaki mangsa dengan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tiada kecederaan serius dilaporkan dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.47 petang selepas memastikan keadaan selamat.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Tindakan pantas ADUN Lingga atasi aduan jambatan rosak di Kampung Maludam
Next: Penduduk Lundu dan Sematan bakal nikmati bekalan air lebih stabil menjelang 2028

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.