Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tindakan pantas ADUN Lingga atasi aduan jambatan rosak di Kampung Maludam
  • WILAYAH

Tindakan pantas ADUN Lingga atasi aduan jambatan rosak di Kampung Maludam

Utusan Sarawak 8 hours ago
ADUN Lingga, Dayang Noorazah semasa mengadakan tinjauan di lokasi jambatan yang dilaporkan mengalami kerosakan di Kampung Maludam, semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Lingga

MALUDAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor bertindak pantas turun padang ke Kampung Maludam selepas menerima aduan berhubung kerosakan jambatan yang dikhuatiri boleh membahayakan keselamatan pengguna.

Jambatan berkenaan dilaporkan mengalami mendapan pada struktur utama, menyebabkan kebimbangan dalam kalangan penduduk yang menggunakan laluan itu setiap hari untuk ke sekolah, tempat kerja dan urusan harian.

Hasil tinjauan Dayang Noorazah bersama pemimpin tempatan Kampung Maludam itu mendapati struktur besi jambatan berkenaan telah reput dan rosak teruk, dipercayai akibat hakisan air masin yang menghakis bahagian bawah jambatan tersebut.

ADUN Lingga, Dayang Noorazah semasa mengadakan tinjauan di lokasi jambatan yang dilaporkan mengalami kerosakan di Kampung Maludam, semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Lingga

Beliau menjelaskan, jambatan itu memainkan peranan penting sebagai penghubung utama antara Kampung Tengah dan Kampung Belakang Pasar di kawasan Maludam. Justeru, sebarang kerosakan menjejaskan kelancaran aktiviti ekonomi dan sosial masyarakat setempat.

“Keselamatan penduduk adalah keutamaan. Saya telah meminta pihak berkaitan melakukan penilaian segera agar tindakan pembaikan dapat dilaksanakan secepat mungkin,” katanya semasa lawatan tersebut.

Menurut beliau, kerajaan negeri melalui agensi bertanggungjawab akan menyalurkan peruntukan untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan jambatan berkenaan yang dijadualkan bermula pada 2026.

Langkah proaktif ini menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri, khususnya wakil rakyat di bawah pentadbiran Gabungan Parti Sarawak (GPS), yang sentiasa mengambil tindakan segera terhadap aduan rakyat demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Wakil rakyat GPS sentiasa turun padang dekati rakyat
Next: Kaki terperangkap dalam lubang saluran air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.