Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Filipina siap siaga hadapi Taufan Uwan
  • GLOBAL

Filipina siap siaga hadapi Taufan Uwan

Utusan Sarawak 11 hours ago
FILIPINA bersiap siaga menghadapi Taufan Uwan (Fung-wong) yang menghampiri utara Luzon. Presiden Marcos Jr. menekankan kepentingan kewaspadaan dan kesiapsiagaan untuk mengurangkan risiko kepada nyawa dan harta.

MANILA: Presiden Filipina Ferdinand R. Marcos Jr. pada Sabtu berkata semua agensi kerajaan yang berkaitan telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya ketika Taufan Uwan (nama antarabangsa Fung-wong) semakin kuat dan menghampiri utara Luzon, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

Dalam satu kenyataan, Marcos menggesa orang ramai agar kekal tenang namun berwaspada, sambil menekankan kepentingan kesiapsiagaan bagi mengurangkan potensi kesan taufan itu.

“Kami terus memantau pengukuhan Taufan Uwan ketika ia menghampiri utara Luzon.

“Semua agensi kerajaan kini dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya dan telah mengambil tindakan segera bagi memastikan keselamatan rakyat,” katanya.

Marcos menasihati orang ramai supaya mematuhi nasihat keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (LGU) dan sentiasa mengikuti perkembangan cuaca rasmi.

Setakat 11.00 pagi, Taufan Uwan dikesan berada 680 kilometer ke timur Bandar Borongan, Eastern Samar atau 760 kilometer ke timur Catarman, Northern Samar, bergerak ke arah barat pada kelajuan 35 kilometer sejam, dengan kelajuan angin maksimum 140 kilometer sejam berhampiran pusat ribut dan tiupan angin kencang mencecah 170 kilometer sejam.- Bernama-PNA

Continue Reading

Previous: Dhaka di kedudukan ketiga terburuk dalam indeks kualiti udara
Next: Lapan individu dinamakan sebagai suspek berhubung dakwaan palsu terhadap ijazah Jokowi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.