Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Masters Korea: Jimmy-Pei Jing nyala peluang buru gelaran sulung
  • SUKAN

Masters Korea: Jimmy-Pei Jing nyala peluang buru gelaran sulung

Utusan Sarawak 12 hours ago
BEREGU campuran profesional negara Jimmy Wong dan Lai Pei Jing.

KUALA LUMPUR: Beregu campuran profesional negara Jimmy Wong-Lai Pei Jing berpeluang merangkul gelaran sulung mereka apabila berjaya mara ke final Masters Korea 2025 selepas menundukkan pasangan tuan rumah, An Yun Seong-Lee Yu Lim pada aksi separuh akhir hari ini.

Pasangan pilihan ketiga itu bagaimanapun dipaksa berhempas-pulas sebelum menang 21-14, 19-21, 21-15 dalam masa 59 minit pada pertarungan separuh akhir kejohanan Super 300 yang berlangsung di Pusat Kebudayaan dan Sukan Universiti Wonkwang, Jeonbuk.

Dalam final ketujuh mereka musim ini esok, pasangan nombor 37 dunia itu akan menentang pilihan kelapan yang juga beregu tuan rumah Kim Jae Hyeon-Jeoung Na Eun.

Jae Hyeon-Na Eun terdahulu menewaskan satu lagi pasangan Korea Selatan, Wang Chan-Kim Yu Jung, 21-19, 21-10.

Jimmy-Pei Jing yang mula bergandingan sejak Mac hanya muncul sebagai naib juara sebanyak enam kali pada kejohanan Cabaran Antarabangsa Vietnam, Siri Antarabangsa Phuket, Terbuka St Denis Reunion, Terbuka Macau, Masters Indonesia I dan Masters Indonesia II.- Bernama

Continue Reading

Previous: Remaja tertinggi dunia, Rioux, cipta rekod bola keranjang kolej AS
Next: 200 penjawat awam sertai Larian MAKSAK KSR Samarahan 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.