Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • KKM batal notifikasi dua produk kosmetik beracun
  • KESIHATAN

KKM batal notifikasi dua produk kosmetik beracun

Utusan Sarawak 16 hours ago
KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, produk terbabit ialah JJF Cream Herba yang mengandungi merkuri dan betamethasone17-valerate, serta JF Cream Treatment yang mengandungi hidrokuinon dan tretinoin. Foto hiasan

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi dua produk kosmetik selepas dikesan mengandungi racun berjadual dan tidak lagi dibenarkan dijual di negara ini.

KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, produk terbabit ialah JJF Cream Herba yang mengandungi merkuri dan betamethasone17-valerate, serta JF Cream Treatment yang mengandungi hidrokuinon dan tretinoin.

“Susulan itu, notifikasi kosmetik ini telah dibatalkan oleh Pengarah Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Merkuri dilarang dalam kosmetik kerana ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf serta boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

“Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit,” menurut KKM.

Kosmetik yang mengandungi bahan-bahan berkenaan ialah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah serta hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan.

Betamethasone 17-valerate menyebabkan kulit muka menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kemudaratan.

Hidrokuinon pula boleh menyebabkan bahan kulit yang disapu mengalami kemerahan, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Sementara itu, tretinoin menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan-peraturan itu boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan berikutnya.

Syarikat yang melakukan kesalahan pula boleh dikenakan denda hingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda hingga RM100,000 bagi kesalahan berikutnya.

Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik itu dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.- Bernama

Continue Reading

Previous: Program Kesedaran Kesihatan 2025 perkukuh amalan hidup sihat dalam komuniti
Next: Wellness Hub Bekenu bakal jadi pusat kesejahteraan terbesar di Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.