Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Lagu Question tampil imej feminin Dolla
  • HIBURAN

Lagu Question tampil imej feminin Dolla

Utusan Sarawak 11 hours ago
KUMPULAN pop popular Malaysia Dolla (dari kiri) Tabby, Angel dan Sabronzo bergambar selepas sidang media mengenai single terbaharu berjudul “Question” di The Campus, Ampang. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kumpulan DOLLA tampil dengan sisi berbeza menerusi video muzik (MV) terbaharu mereka berjudul Question, yang memperlihatkan konsep feminin, matang dan lebih emosi, berbeza daripada imej garang dan berani yang sering dibawa sebelum ini.

Membawakan genre seakan bubblegum pop, ahli kumpulan DOLLA terdiri daripada Tabby, Angel dan Sabronzo mendedahkan penggambaran MV itu dijalankan di sebuah kafe berkonsepkan suasana “diner retro” di ibu negara dan mengambil masa hampir 28 jam untuk disiapkan.

Tabby atau nama sebenarnya Tabitha Ariel Lam, berkata walaupun proses penggambaran dilakukan lewat malam, segalanya berjalan lancar hasil komitmen padu seluruh pasukan produksi dan pihak kafe.

“Kami buat penggambaran di kafe ini pada waktu selepas tamat perniagaan sekitar 10 malam. Pihak mereka pun sangat baik kerana ada wakil sanggup tunggu hingga 7.00 pagi bagi memastikan semua berjalan dengan lancar,” katanya ketika sidang media selepas majlis pratonton MV terbaharu DOLLA di sini.

Ditulis oleh Justin Seow, Kuizz, Aziz Harun serta ahli DOLLA, lagu Question menampilkan gabungan bertenaga antara penceritaan lirik yang kuat dan melodi mudah diingati, memperlihatkan kematangan seni DOLLA yang semakin berkembang.

Tabby berkata lagu itu menampilkan jalan cerita yang lebih bersahaja dan menghiburkan, namun masih mengekalkan mesej tersirat dalam menyelami perasaan sebenar pengkhianatan, patah hati dan proses berdepan dengan diri sendiri.

Angel menjelaskan walaupun konsep MV yang sudah dilancarkan di platform YouTube rasmi itu kelihatan ringan, lagu itu dekat dengan realiti ramai pendengar.

“Ramai boleh relate sebab ia tentang red flag dalam hubungan. Kadang kita tak sedar pun benda tu berlaku pada diri sendiri, jadi bila dengar lagu ni, orang boleh senyum tapi fikir juga,” katanya.

Sementara itu, Sabronzo atau Wan Sabrina Wan Rusli, berkata mereka turut bekerjasama dengan Akkaraphol Prompen, koreografer berbakat dari Thailand bagi membawa perspektif baharu kepada rutin tarian.

“Gayanya menggabungkan pergerakan feminin dengan formasi yang unik serta peralihan terancang, sepadan dengan sikap dan tenaga lagu ini. Kami mahu tarian ini kelihatan yakin tetapi tetap mempunyai unsur keseronokan. 

“Proses keseluruhannya melibatkan kolaborasi, namun pada akhirnya kami memberi ruang kepada Earth-E (Akkaraphol Prompen) untuk menonjol dengan gayanya sendiri,” katanya.

Video muzik itu turut diserikan dengan penampilan pelakon Lorenzo Irmann yang memainkan watak teman lelaki yang curang dengan semua ahli kumpulan DOLLA. – Bernama

Continue Reading

Previous: Afgan terbuka berkolaborasi dengan Siti Nurhaliza
Next: Siti Nordiana terus perjuang irama Malaysia, kembali dengan ‘Ahai’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.