Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Aktiviti renang tingkat kecergasan dan sahsiah pelajar
  • PENDIDIKAN

Aktiviti renang tingkat kecergasan dan sahsiah pelajar

Utusan Sarawak 11 hours ago
CENDERAMATA… Pemanca Chan Phan Chan (kiri) menerima cenderamata daripada Presiden Persatuan Renang Sarikei, Calvin Wong.

SARIKEI: Renang bukan sahaja aktiviti yang menyeronokkan, tetapi juga satu kemahiran hidup penting yang membentuk disiplin, keselamatan diri, dan keberanian pelajar, kata Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Katanya yang juga Ahli Parlimen Sarikei serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, penyertaan pelajar dalam program renang bukan hanya memberi  manfaat dari segi kesihatan, tetapi turut meningkatkan keyakinan diri serta membantu membangunkan potensi generasi muda secara holistik.

“Saya amat menyambut baik inisiatif pihak sekolah untuk memperkenalkan aktiviti renang sebagai sebahagian daripada kokurikulum. 

“Usaha ini sangat bertepatan dengan matlamat kerajaan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek,” katanya. 

UNTUK ALBUM… Pemanca Chan Pham Chan dan Calvin Wong bergambar bersama pelajar dan wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sarikei. 

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Pemanca Chan Phan Chan selaku wakilnya di majlis sesi pengenalan penyertaan aktiviti renang dalam kokurikulum sekolah, di sini, semalam. 

Katanya, aktiviti renang bukan sahaja satu bentuk sukan yang menyeronokkan, tetapi juga kemahiran hidup penting. 

“Ia mengajar pelajar tentang disiplin, keselamatan air, menggilap bakat sukan dalam kalangan pelajar dan keberanian menghadapi cabaran.

“Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah, para jurulatih, serta semua yang terlibat atas dedikasi dan kerjasama mereka menjayakan program ini.

“Inisiatif seperti ini membuktikan bahawa pendidikan kita bukan hanya tertumpu di dalam kelas, tetapi turut memberi tumpuan kepada pembangunan sahsiah dan kemahiran hidup sebenar,” katanya. 

Turut hadir Presiden Persatuan Renang Sarikei, Calvin Wong.

Oleh Earl Anek 

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Cadangan dua guru ajar tiga subjek tidak realistik – Lo Khere Chiang
Next: Perkenal semula pendidikan tasawuf, moral dalam silibus – Fadillah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.