Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba Bintangor tangkap ular sawa ceroboh rumah
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba Bintangor tangkap ular sawa ceroboh rumah

Utusan Sarawak 1 day ago
DITANGKAP… Ular sawa berjaya ditangkap oleh anggota bomba menggunakan alat penjerut ular. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Penghuni sebuah rumah di Jalan Temedak berdepan detik cemas apabila seekor ular sawa menceroboh masuk kawasan rumah. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 9.15 pagi, baru-baru ini. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, empat orang anggota bomba diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Bakar Ujang bergegas ke lokasi. 

“Setibanya di lokasi, didapati ular sawa masih berada di kawasan rumah tersebut,” katanya ketika dihubungi. 

Katanya, ular ditangkap menggunakan alat penjerut ular. 

“Ular berjaya ditangkap dalam tempoh lebih kurang 33 minit. 

“Selepas ditangkap, ular dilepaskan semula ke habitat asal dan operasi tamat pada 10.04 pagi,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Taklimat projek mitigasi banjir Kabong: Penyelesaian jangka panjang diperinci 
Next: Tapak perkuburan baharu Gereja BEM Bintangor siap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.