Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Brad Pitt saman Angelina Jolie AS$35 juta berhubung penjualan ladang wain
  • HIBURAN

Brad Pitt saman Angelina Jolie AS$35 juta berhubung penjualan ladang wain

Utusan Sarawak 14 hours ago
BRAD Pitt dan Angelina Jolie.

LOS ANGELES: Pelakon terkenal Hollywood, Brad Pitt, memfailkan saman bernilai AS$35 juta (RM166 juta) terhadap bekas isterinya, Angelina Jolie, berhubung penjualan saham dalam ladang wain Château Miraval yang pernah mereka miliki bersama di Perancis.

Menurut dokumen mahkamah yang difailkan pada 29 Oktober lalu, pasukan guaman Pitt menyerahkan beberapa komunikasi antara pihak Jolie mengenai penjualan sahamnya pada 2021.

Antara bukti yang dikemukakan ialah e-mel bertarikh November 2023 daripada peguam Jolie yang membalas saman berkenaan.

Dalam e-mel tersebut, peguam Jolie menyatakan bahawa Pitt sendiri bertanggungjawab terhadap beban kewangan pengeluaran dokumen berkaitan kerana “beliau menyaman Jolie sebanyak AS$35 juta bagi tuntutan ganti rugi.”

Satu lagi e-mel bertarikh Oktober 2023 mendedahkan bahawa bintang Once Upon a Time in Hollywood itu turut menuntut ganti rugi berterusan atas kerosakan terhadap operasi Miraval.

Peguam Jolie juga menuduh Pitt enggan menyerahkan dokumen berkaitan perjanjian kerahsiaan (NDA) selama empat tahun yang dikatakan melibatkan salah laku peribadinya. Mereka mendakwa dokumen itu penting dan mesti dikemukakan kepada mahkamah.

Pitt sebelum ini mendakwa bahawa Jolie menjual sahamnya kepada Tenute del Mondo, anak syarikat kumpulan wain Stoli Group, tanpa persetujuan beliau melanggar perjanjian bersama bahawa kedua-duanya tidak boleh menjual saham tanpa kelulusan satu sama lain.

Sebagai tindak balas, Jolie menafikan kewujudan perjanjian itu dan memfailkan saman balas, mendakwa Pitt “melancarkan perang dendam” terhadapnya.

Jolie juga mendakwa bekas suaminya itu enggan membeli sahamnya kerana beliau menolak untuk menandatangani perjanjian kerahsiaan yang didakwa bertujuan menutup dakwaan penderaan terhadap keluarga mereka semasa penerbangan peribadi pada 2016.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak mendakwa Pitt selepas siasatan dijalankan, dan Jolie tidak meneruskan tuduhan tersebut.

Terbaharu, Jolie menuntut keistimewaan peguam-klien bagi menolak menyerahkan dokumen yang diminta pihak Pitt. Namun, peguam pelakon itu membantah dan memohon 22 dokumen tambahan daripada pihak Jolie.

Perbicaraan awam seterusnya dijadualkan berlangsung pada 17 Disember ini. Pitt dan Jolie, kedua-duanya pemenang Anugerah Oscar, berkahwin pada 2014 selepas 12 tahun bersama, namun berpisah pada 2016.

Mereka memiliki enam anak Maddox, Pax, Zahara, Shiloh, Vivienne dan Knox dan mereka bercerai pada Disember 2024. – AGENSI

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Meghan Markle bakal kembali ke layar perak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.