

MIRI: Peminat fesyen dan gaya hidup kini mempunyai sebab untuk bergembira apabila jenama pakaian global terkenal, UNIQLO yang kini beroperasi semula stor dua tingkatnya yang dinaik taraf di Bintang Megamall, di sini, hari ini.
Menurut kenyataannya, pembukaan semula ini menandakan satu lagi langkah penting dalam usaha UNIQLO untuk memperkukuh kehadirannya di Malaysia, khususnya di Sarawak, dengan menawarkan ruang membeli-belah yang lebih luas, selesa dan moden bagi memenuhi keperluan komuniti setempat.
Stor yang kini beroperasi di aras bawah dan aras pertama Bintang Megamall ini akan memperkenalkan pengalaman membeli-belah yang lebih menyeronokkan, menampilkan pelbagai koleksi pakaian LifeWear untuk lelaki, wanita, serta kanak-kanak dan bayi, semuanya direka dengan falsafah ‘Made For All’ yang menekankan kesederhanaan, kualiti dan keselesaan untuk semua.
Sempena pembukaan rasmi, UNIQLO turut menawarkan pelbagai hadiah eksklusif dan promosi menarik sepanjang minggu pembukaan, termasuk ‘Beg Duffle UNIQLO’ percuma kepada 200 pelanggan pertama yang membuat pesanan ‘Click & Collect’ antara 24 Oktober hingga 6 November 2025.
Selain itu, hadiah ‘Early Bird’ berupa rantai kunci tenunan eksklusif kepada 250 pelanggan pertama setiap hari dari 7 hingga 9 November 2025 dan ‘Beg Tote MIRI’ Edisi Terhad, khas untuk pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM250 dalam satu resit sepanjang 7 hingga 9 November 2025.
Pengurus Komunikasi UNIQLO Malaysia berkata, pembukaan semula ini menunjukkan komitmen syarikat untuk terus memberikan pengalaman membeli-belah terbaik kepada pelanggan, seiring dengan matlamat global UNIQLO untuk ‘mengubah dunia melalui pakaian’.
Stor UNIQLO Bintang Megamall akan beroperasi setiap hari dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi di www.uniqlo.com/my.
Oleh Adum Liu