Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kempen ‘CleanPanBorneo’ diteruskan, ADUN Kalaka sokong penuh usaha KMKK Saratok
  • Selatan
  • WILAYAH

Kempen ‘CleanPanBorneo’ diteruskan, ADUN Kalaka sokong penuh usaha KMKK Saratok

Utusan Sarawak 1 day ago
Mohamad Duri semasa menerima kunjungan Penghulu Josephine Entira di Pusat Khidmat ADUN N.38 Kalaka bagi membincangkan pelaksanaan program berkenaan, kelmarin. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri menyatakan sokongan penuh terhadap kempen kebersihan ‘CleanPanBorneo’ yang diteruskan oleh Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Saratok.

Baru-baru ini, kempen tersebut telah dijayakan seramai 38 Tuai Rumah bersama seorang Penghulu berganding bahu menjayakan aktiviti gotong-royong mengumpul sampah di sepanjang laluan Perhentian Bas dan Pusingan P (P-Turn) di Lebuh Raya Pan Borneo di kawasan Awik,

“Saya dimaklumkan oleh Penghulu Josephine Entira bahawa seramai lapan Tuai Rumah serta komuniti dari DUN Kalaka akan turut serta bersama komuniti DUN Krian dalam kempen ‘CleanPanBorneo’ yang bakal diadakan pada tarikh akan diumumkan kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan Penghulu Josephine Entira di Pusat Khidmat ADUN N.38 Kalaka bagi membincangkan pelaksanaan program berkenaan.

Menurut Mohamad Duri, inisiatif itu merupakan pendekatan terbaik untuk membersihkan kawasan Pusingan P (P-Turn) dan menanam kesedaran menjaga kemudahan awam yang dikongsi bersama.

“Ini satu acara yang sangat bermakna kerana kita semua bertanggungjawab memastikan kawasan kemudahan awam sentiasa bersih dan selesa digunakan, lebih-lebih lagi apabila kawasan DUN Kalaka dan DUN Krian sama-sama menggunakan prasarana sukan serta fasiliti awam di Saratok,” ujarnya.

Mohamad Duri turut menzahirkan penghargaan kepada individu dan komuniti yang telah menggerakkan kempen itu secara sukarela hingga mendapat perhatian ramai di media sosial.

“Saya amat menghargai keprihatinan dan semangat komuniti yang mengambil inisiatif menjaga kebersihan kawasan kita. Ini bukti bahawa semangat gotong-royong masih hidup dalam masyarakat,” tambahnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Peserta kursus cendawan tiram perlu manfaat ilmu untuk jana pendapatan
Next: Penduduk Beladin gempar buaya 350 kilogram sesat masuk kampung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.