Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Bapa dan anak parah dalam kemalangan tiga kenderaan di Pusa
  • KEMALANGAN

Bapa dan anak parah dalam kemalangan tiga kenderaan di Pusa

Utusan Sarawak 5 hours ago
KEMALANGAN membabitkan tiga kenderaan di Jalan Simpang Tambak, Pusa, tengah hari tadi. Foto: PGO Bomba Sarawak

PUSA: Enam cedera dalam satu kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Simpang Tambak, di sini, tengah hari tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.16 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok bergegas ke lokasi kejadian sejauh 42 kilometer.

PGO berkata, setibanya di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan sebuah Isuzu Dmax, Perodua Viva dan Perodua Kancil.

“Terdapat seorang mangsa lelaki tersepit di bahagian pemandu kenderaan Perodua Kancil.

“Anggota bomba menjalankan operasi menyelamat dengan memotong serta mengumpil bahagian pintu menggunakan peralatan khas sebelum mangsa dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak ambulans untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa tersepit berusia 34 tahun itu mengalami kecederaan parah termasuk patah kedua-dua kaki dan luka terbuka di bahagian dagu.

Anaknya,12 tahun, turut cedera parah akibat luka terbuka dan retak tulang pinggul, namun berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan penyelamat.

Sementara itu, pemandu dan penumpang kenderaan Isuzu Dmax serta Perodua Viva dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Operasi yang melibatkan lima anggota dan dua jentera (FRT dan EMRS) itu dikawal sepenuhnya pada 1.11 tengah hari dan tamat sepenuhnya pada 1.48 petang.

Turut membantu di lokasi ialah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai enam anggota serta dua ambulans daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Warga Indonesia maut dirempuh pacuan empat roda di Simpang SaratokĀ 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.