Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rancang projek dengan teliti untuk impak lebih meluas – Mohd Chee
  • Selatan
  • WILAYAH

Rancang projek dengan teliti untuk impak lebih meluas – Mohd Chee

Utusan Sarawak 7 hours ago
Dato Mohd Chee Kadir menghadiri sesi libat urus projek naik taraf Dewan Terbuka SK Saint Paul Roban yang melibatkan peruntukan sebanyak RM150,000. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong

ROBAN: Setiap perancangan dan pelaksanaan projek pembangunan perlu disusun serta dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan bagi memastikan keberkesanan serta manfaatnya dinikmati rakyat.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata ini penting supaya hasilnya dapat memberi impak positif.


Beliau berkata demikian semasa menghadiri sesi libat urus projek naik taraf Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Saint Paul Roban melibatkan peruntukan sebanyak RM150,000 yang diadakan bersama pihak sekolah dan agensi pelaksana.


Dalam sesi tersebut, Chee Kadir dimaklumkan bahawa terdapat pindaan terhadap projek asal atas faktor teknikal, dan projek baharu akan memberi tumpuan kepada kemudahan asas yang lebih mendesak bagi memastikan manfaatnya lebih menyeluruh kepada murid dan komuniti sekolah.


Pada majlis sama, beliau turut menyerahkan Geran Projek Khas kerajaan Sarawak berjumlah RM7,000 kepada Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Saint Paul Roban.


Selain itu, beliau turut menyampaikan peruntukan RM250,000 dari Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UniFOR) kepada Persatuan Penginjil Kristian Roban, yang diterima oleh Pengerusinya, John Dom Baul.


Turut hadir ialah wakil Pejabat Pendidikan Daerah Saratok, Mohd Zaki; Guru Besar SK Saint Paul Roban, Tawan Embuyan; Pegawai Khas ADUN Kabong, Nur Elffi Amir; Penolong Jurutera (Awam) JKR Saratok, Muhamad Sahril Sulaiman serta wakil pentadbir sekolah.


Oleh ADI SAFARMAN




Continue Reading

Previous: BBP Bintangor anjur pertandingan memancing sempena Pesta Meradong 2025
Next: Gerawat lawat projek naik taraf jalan balak di Long Tungan dan Ba Muboi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.