Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gempa bumi 6.0 skala Richte landa pantai timur Kamchatka dan Semenanjung Minahassa – GFZ
  • GLOBAL

Gempa bumi 6.0 skala Richte landa pantai timur Kamchatka dan Semenanjung Minahassa – GFZ

Utusan Sarawak 8 hours ago

BEIJING: Dua gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter masing-masing melanda pantai timur Kamchatka di Rusia dan Semenanjung Minahassa di Sulawesi pada Selasa, menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ), lapor Xinhua.

Gempa pertama berlaku pada 2328 GMT di kawasan pantai timur Kamchatka dengan pusat gempa berada pada kedalaman 10 kilometer, terletak pada 52.26 darjah utara dan 159.99 darjah timur.

Beberapa minit kemudian, pada 2332 GMT, gempa kedua menggegarkan Semenanjung Minahassa, Sulawesi dengan kedalaman 113.3 kilometer, berpusat pada 0.11 darjah selatan dan 123.15 darjah timur.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kerosakan besar atau amaran tsunami dikeluarkan susulan kedua-dua gempa itu.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Sekurang-kurangnya 15 maut, lapan hilang dalam banjir di Tanah Tinggi Papua, Indonesia
Next: Nahas pesawat di Louisville ragut 3 nyawa, 11 cedera – Gabenor Kentucky

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.