Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Diaz, wira tapi punca Hakimi menangis ketika Bayern tundukkan PSG
  • SUKAN

Diaz, wira tapi punca Hakimi menangis ketika Bayern tundukkan PSG

Utusan Sarawak 10 hours ago

Luis Diaz (tengah) meraikan gol keduanya bersama Harry Kane dan Aleksandar Pavlovic untuk Bayern Munich menentang Paris Saint-Germain dalam aksi Liga Juara-Juara. Foto AFP

PARIS: Luis Diaz menjaringkan dua gol sebelum dibuang padang ketika Bayern Munich menewaskan juara bertahan Paris Saint-Germain 2-1 dalam aksi Liga Juara-Juara, Selasa.

Pemain Colombia itu membuka jaringan seawal minit ke-4 dan menambah satu lagi gol pada minit ke-32. 

Namun, dia dilayangkan kad merah pada masa tambahan babak pertama selepas terjahan keras ke atas Achraf Hakimi yang terpaksa dikeluarkan sambil menangis akibat kecederaan.

Achraf Hakimi dibantu keluar padang selepas diterjah Luis Diaz, yang kemudian dilayangkan kad merah. Foto AFP

Joao Neves menjaringkan gol tunggal PSG pada minit ke-74, tetapi Bayern kekal bertahan walaupun beraksi dengan 10 pemain sepanjang separuh masa kedua.

Kemenangan itu mengekalkan rekod sempurna Bayern musim ini — 16 kemenangan dalam semua pertandingan termasuk empat aksi Liga Juara-Juara, dengan 56 gol keseluruhan.

PSG berdepan kebimbangan besar selepas kehilangan Hakimi dan Ousmane Dembele akibat kecederaan, ketika mereka masih mendahului kumpulan dan berpeluang mara ke pusingan kalah mati.

Perlawanan ini juga ulangan final 2020 yang dimenangi Bayern 1-0 dan merupakan kekalahan pertama PSG sejak Julai lalu. – AFP

Continue Reading

Previous: Liverpool kembali bangkit, Real Madrid ‘terselamat’ penalti 
Next: Jurulatih meninggal dunia selepas rebah semasa perlawanan di Serbia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.