Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Mural Alexander-Arnold diconteng menjelang kepulangan ke Anfield
  • SUKAN

Mural Alexander-Arnold diconteng menjelang kepulangan ke Anfield

Utusan Sarawak 18 hours ago

Mural Trent Alexander-Arnold di luar Stadium Anfield, Liverpool. Foto fail AFP.

LIVERPOOL: Lukisan dinding yang memaparkan bekas pemain kesayangan Liverpool, Trent Alexander-Arnold, telah dicemari hanya beberapa jam sebelum kepulangannya ke Anfield bersama pasukan baharunya, Real Madrid, pada Selasa.

Bekas pemain pertahanan kanan The Reds itu dijangka tersenarai dalam skuad Real untuk perlawanan Liga Juara-Juara selepas meninggalkan kelab zaman kanak-kanaknya itu ke Sepanyol pada penghujung musim lalu.

Keputusan pemain berusia 27 tahun itu untuk tidak menyambung kontraknya menimbulkan kemarahan dalam kalangan sebahagian penyokong Liverpool, yang turut mengejeknya pada bulan-bulan terakhirnya di kelab tersebut.

Lukisan besar berhampiran Anfield itu didedahkan pada 2019 selepas kejayaan Liverpool menjuarai Liga Juara-Juara, dan pernah dicemari sebelum ini dengan perkataan “Rat” (tikus) disembur padanya.

Perkataan sama kembali ditulis beberapa kali pada Selasa, selain cat putih dilempar ke arah lukisan berkenaan, namun pekerja bertindak pantas membersihkannya.

Alexander-Arnold dijangka menerima sambutan dingin apabila kembali ke Anfield. 

Pemain pertahanan itu berkata beliau mempunyai “perasaan bercampur-baur” menjelang kepulangan itu dan tidak akan meraikan jika menjaringkan gol.

Katanya, reaksi penyokong terserah kepada mereka, namun beliau akan “sentiasa menyayangi kelab itu.”

“Tidak kira apa pun, perasaan saya terhadap Liverpool tidak akan berubah,” katanya kepada Amazon Prime.

“Saya ada kenangan di sana yang akan kekal sepanjang hayat, dan tidak kira bagaimana sambutan nanti, ia tidak akan mengubah apa-apa.”

Pengurus Liverpool, Arne Slot, berkata beliau akan menyambut bekas pemainnya itu dengan mesra.

“Saya mempunyai kenangan indah tentang dirinya, baik sebagai pemain mahupun sebagai individu,” kata jurulatih dari Belanda itu. – AFP

Continue Reading

Previous: Beckham kini bergelar Sir, anggap gelaran kesatria sebagai ‘detik paling membanggakan’
Next: Pemain Arsenal, Dowman jadi pemain termuda dalam sejarah Liga Juara-Juara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.