Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki ditahan, kes curi motosikal selesai kurang 12 jam
  • JENAYAH

Lelaki ditahan, kes curi motosikal selesai kurang 12 jam

Utusan Sarawak 12 hours ago
KES CURI…suspek yang memiliki kes kesalahan lampau berkaitan dadah berjaya ditangkap bersama motosikal yang dicuri di Lawas.  

LAWAS: Polis berjaya menyelesaikan kes kecurian sebuah motosikal di bandar Lawas dalam tempoh kurang daripada 12 jam selepas menerima aduan berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superintenden Liong Tindan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan motosikal berkenaan yang dilaporkan hilang ketika mangsa sedang mencari barang di sekitar kawasan bandar ini pada sekitar 6.00 pagi semalam.

“Bertindak atas maklumat diterima, pasukan polis melancarkan operasi dan berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun di rumahnya di Jalan Merapok pada 6.00 petang hari yang sama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

POLIS turut merampas motosikal yang dicuri suspek.

Beliau berkata, pihak polis turut merampas sebuah motosikal yang dilaporkan hilang bagi membantu siasatan.

Katanya lagi, semakan mendapati suspek mempunyai tujuh rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah.

“Suspek kini direman selama empat hari untuk siasatan lanjut,” jelasnya.

Liong turut menasihati orang ramai agar sentiasa memastikan kenderaan, khususnya motosikal, berada dalam keadaan berkunci dan selamat bagi mengelakkan kejadian kecurian.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Lelaki tempatan ditahan suspek penyalahgunaan dadah di Mukah
Next: Online investment scam costs retiree RM1.2 million

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.