Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Deepavali lambang kemenangan cahaya dan kebaikan
  • TEMPATAN

Deepavali lambang kemenangan cahaya dan kebaikan

Utusan Sarawak 16 hours ago
UCAPAN… Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng berucap pada majlis perasmian Sambutan Deepavali 2025 anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), hari ini. Foto Adele Rissa  

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng berkata, sambutan Deepavali menjadi peringatan bahawa cahaya sentiasa mengatasi kegelapan, manakala kebenaran dan kebaikan akan menewaskan ketakutan serta unsur negatif.

Beliau berkata nilai tersebut bukan sahaja penting dalam kehidupan, tetapi juga dalam persekitaran kerja dan komuniti.

“Di MBKS, kita telah menjadikan tradisi untuk meraikan setiap perayaan utama seperti Tahun Baharu Cina (TBC), Aidilfitri, Gawai, Krismas dan Deepavali. 

“Sambutan seperti ini bukan sekadar acara perayaan, tetapi juga wadah untuk mempererat hubungan antara kita,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Deepavali 2025 anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini, hari ini.

BARISAN komuniti India yang hadir memeriahkan sambutan Deepavali 2025 di Dewan MBKS, Kuching, hari ini. Foto Adele Rissa

Dato Wee menegaskan semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan warga kerja menjadi asas kepada kejayaan MBKS dalam melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua kaunselor atas kepimpinan serta sokongan mereka, selain menzahirkan terima kasih kepada seluruh warga kerja di setiap jabatan atas komitmen dan dedikasi dalam memastikan Kuching Selatan kekal bersih, hijau, selamat dan mesra untuk semua.

“Sama ada anda bekerja di lapangan atau di pejabat, setiap usaha yang dicurahkan memberi kesan besar setiap hari,” ujarnya sambil menekankan bahawa mesej kerjasama dan keharmonian yang dibawa oleh Deepavali turut mencerminkan semangat kerja berpasukan di MBKS.

Beliau turut mengaitkan simbol cahaya dalam perayaan Deepavali dengan semangat kebersamaan di MBKS apabila setiap bahagian, pegawai dan kakitangan bersatu tenaga demi mewujudkan sinar kemajuan untuk bandar raya Kuching Selatan.

Dalam pada itu, Dato Wee menekankan kepentingan komunikasi berkesan antara warga kerja bagi mengukuhkan kefahaman, mempererat hubungan dan menggalakkan budaya saling menyokong di tempat kerja.

“Komunikasi yang baik adalah kunci yang menghubungkan kita semua dan memastikan seluruh keluarga besar MBKS bergerak sehaluan ke arah perpaduan untuk berkhidmat kepada rakyat Kuching Selatan dengan integriti dan dedikasi,” tegasnya.

Beliau menambah, sambutan Deepavali juga mengingatkan semua agar terus menyinari kehidupan orang lain melalui kebaikan, kerjasama dan saling memahami.

Dato Wee mengakhiri ucapannya dengan mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua warga kerja dan keluarga masing-masing sambil menzahirkan keyakinan bahawa bersama-sama, MBKS akan terus bersinar untuk Kuching Selatan.

Oleh Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Projek kediaman pelajar di Kuala Lumpur langkah proaktif Sarawak
Next: Hanya kupon parkir 2025 layak untuk bayaran balik – Dato Wee

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.