Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Belanjawan Sarawak 2026 dijangka antara yang terbaik di Malaysia
  • TEMPATAN

Belanjawan Sarawak 2026 dijangka antara yang terbaik di Malaysia

Utusan Sarawak 19 hours ago
SUMBANGAN… Abdullah (tiga kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang rakan media yang diserang sakit angin ahmar baru-baru ini.

SIBU: Belanjawan Sarawak 2026 yang dijangka dibentangkan tidak lama lagi bakal menjadi antara belanjawan paling progresif dan terbaik di Malaysia, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol.

Beliau berkata keyakinan itu bersandarkan kepada kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berwawasan jauh serta berani memperkenalkan dasar dan inisiatif baharu untuk kemajuan negeri.

“Dalam dua atau tiga minggu lagi, Dewan Undangan Negeri akan bersidang, dan saya benar-benar percaya Premier Sarawak akan mengumumkan belanjawan yang sangat menarik untuk 2026 iaitu lebih progresif dan mungkin yang terbaik antara semua negeri di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Malam Segulai Sejalai Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dan Rakan Strategik Zon Tengah 2025 di hotel di sini, semalam.

Menurut beliau, rekod prestasi kewangan Sarawak yang kukuh dalam tiga tahun kebelakangan ini membuktikan kecekapan pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan Premier Sarawak.

“Kalau Premier Sarawak ini menjadi Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat bernama Sarawak Incorporation atau Sarawak Berhad, saya yakin Sarawak boleh disenaraikan di pasaran saham,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdullah berkata Unit Komunikasi Awam Sarawak akan memantau dan menilai prestasi setiap unit komunikasi di kementerian serta agensi kerajaan negeri mulai tahun hadapan bagi memastikan penyampaian maklumat kepada rakyat lebih cepat, tepat dan berkesan.

Beliau berkata langkah itu sejajar dengan hasrat Premier Sarawak untuk memastikan komunikasi kerajaan negeri diurus secara profesional dan responsif terhadap keperluan rakyat.

“Premier amat menitikberatkan perkara ini kerana ada kementerian yang aktif dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat, namun ada juga yang perlu lebih proaktif,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Program vaksinasi antirabies, perlesenan anjing di Bintulu 15 November ini
Next: Projek kediaman pelajar di Kuala Lumpur langkah proaktif Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.