Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Suspek ditahan serang anggota polis semasa rondaan Regata Sarawak 2025
  • JENAYAH

Suspek ditahan serang anggota polis semasa rondaan Regata Sarawak 2025

Utusan Sarawak 23 hours ago
SUSPEK ditahan kerana disyaki menyerang anggota polis yang bertugas semasa rondaan pencegahan jenayah di Tebingan Sungai Kuching sempena Regata Sarawak 2025. Foto IPD Kuching

KUCHING: Polis telah menahan lelaki berusia 36 tahun yang disyaki menyerang anggota polis yang bertugas semasa rondaan pencegahan jenayah di Tebingan Sungai Kuching sempena Regata Sarawak 2025.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, mengesahkan bahawa suspek telah menyerang inspektor polis yang sedang bertugas menggunakan pisau pemotong daging. Suspek dipercayai menghayunkan senjata itu ke arah polis berkenaan sehingga menyebabkan koyakan kecil pada lengan pakaian seragamnya. Bagaimanapun, polis tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Suspek yang mempunyai dua rekod jenayah lampau berjaya ditahan di tempat kejadian. Hasil ujian air kencing awal menunjukkan keputusan negatif terhadap penggunaan dadah,” kata Alexson.

Beliau menambah bahawa kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan bagi menghalang penjawat awam daripada melaksanakan tugasnya, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun, denda, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Alexson turut menggesa mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan insiden tersebut supaya menghubungi Pusat Operasi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di talian 082-244444 atau Pegawai Penyiasat Insp Ridzainuddin Rosley di 010-9431449.

 Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Langgar bahu cetus rusuhan di Waterfront Miri, 11 lelaki ditahan polis
Next: Lelaki tempatan ditahan suspek penyalahgunaan dadah di Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.