Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sultan Pahang, Tengku Muhammad tinjau konservasi orang utan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh
  • SEMASA

Sultan Pahang, Tengku Muhammad tinjau konservasi orang utan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh

Utusan Sarawak 1 day ago
SULTAN Pahang dan Tengku Muhammad berkenan untuk mencemar duli ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh, hari ini. Foto Kesultanan Pahang

KUCHING: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk mencemar duli ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh, hari ini.

Keberangkatan tiba Sultan Pahang bersama-sama dengan anakanda, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah sekitar 2.40 petang tadi disambut oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh.

SULTAN Pahang merakamkan gambar kenangan bersama yang lain di Pusat Hidupan Liar Semenggoh, hari ini. Foto Kesultanan Pahang

Sejurus tiba, Sultan Pahang dan Tengku Muhammad dibawa melawat ke Galeri Mini Semenggoh sebelum melawat ke kawasan memberi makan orang utan.

Pada lawatan yang berlangsung selama 15 minit itu, Sultan Pahang dan Tengku Muhammad turut berkenan melihat kelibat dua ekor orang utan bernama Edwin dan Selena di pusat hidupan liar tersebut.

SULTAN Pahang berkenan untuk mencemar duli ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh, hari ini. Foto Kesultanan Pahang

Dalam lawatan ke pusat pemuliharaan itu juga, Sultan Pahang dan Tengku Muhammad telah menerima sembah taklimat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Abang Arabi Abang Aimran.

Turut hadir mengiringi keberangkatan lawatan Sultan Pahang ialah Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail; Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki; Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam serta yang lain.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tengku Ampuan Pahang kagum kualiti songket prospek Penjara Puncak Borneo
Next: Sarawak kukuh kedudukan sebagai pemain utama ASEAN, RCEP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.