Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Cuepacs Sarawak mantapkan hala tuju selepas persidangan tiga tahun sekali
  • TEMPATAN

Cuepacs Sarawak mantapkan hala tuju selepas persidangan tiga tahun sekali

Utusan Sarawak 1 day ago
SIMBOLIK penyerahan dokumen permohonan menjadi Ahli Gabungan Cuepacs Negeri Sarawak daripada Presiden KJTMP kepada Dato Dr Adnan Mat.

KUCHING: Cuepacs Sarawak melangkah dengan semangat baharu apabila mengadakan Mesyuarat Bilangan 1 2025, susulan berakhirnya Persidangan Tiga Tahun Sekali Negeri baru-baru ini.

Mesyuarat yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini menghimpunkan barisan kepimpinan baharu bagi menyelaras semula struktur organisasi dan merangka pelan strategik memperkukuh perjuangan kesatuan penjawat awam di negeri ini.

Pengerusi Cuepacs Sarawak, Kullin Djayang, berkata mesyuarat itu menjadi titik tolak kepada gerak kerja yang lebih tersusun serta komitmen padu memperjuangkan kebajikan penjawat awam.

KENANGAN…Dato Dr Adnan Mat bersama tetamu kehormat yang lain pada Mesyuarat Bilangan 1 2025, susulan berakhirnya Persidangan Tiga Tahun Sekali Negeri baru-baru ini, bertempat di sebuah hotel terkemuka di Kuching.

Mesyuarat turut dihadiri Presiden Cuepacs Malaysia, Dato’ Dr. Adnan Mat, yang menegaskan bahawa Cuepacs akan terus menjadi benteng utama membela hak dan kebajikan penjawat awam di seluruh negara, termasuk Sarawak.

Mesyuarat menyaksikan penyerahan simbolik permohonan keahlian baharu daripada Kesatuan Kakitangan Sokongan Jabatan Pendidikan Sarawak (KEKASA) dan Kesatuan Juruteknologi Makmal Perubatan Sarawak (KJTMP).

Program sampingan termasuk Bicara Malaysia MADANI Bersama Cuepacs dan Bengkel Penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) turut diadakan bagi memperkasa profesionalisme penjawat awam.

Cuepacs Sarawak menegaskan komitmennya untuk terus menjadi wadah utama memperjuangkan kebajikan, kesejahteraan dan profesionalisme warga perkhidmatan awam di negeri ini.

Turut hadir, pegawai-pegawai tertinggi Cuepacs Kebangsaan, barisan kepimpinan Cuepacs Sarawak serta wakil-wakil kesatuan gabungan dari pelbagai agensi kerajaan negeri dan persekutuan.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: KNFM meriah, galak gaya hidup sihat dan mesra alam
Next: Loji Rawatan Air baharu Lichok tambah kapasiti 10 juta MLD

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.