Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pasukan bidar tempatan serlah kehebatan, Regata Sarawak 2025 gegar tebingan sungai
  • TEMPATAN

Pasukan bidar tempatan serlah kehebatan, Regata Sarawak 2025 gegar tebingan sungai

Utusan Sarawak 2 days ago
SEKITAR suasana meriah di Tebingan Sungai Kuching dengan berlangsungnya acara Regata Sarawak 2025. Foto UKAS

KUCHING: Tebingan Sungai Kuching bergema dengan sorakan penonton apabila pasukan-pasukan perahu bidar tempatan berentap hebat dalam perlumbaan Regata Sarawak 2025 yang berlangsung penuh warna-warni dan semangat kesukanan.

Pertandingan yang bermula seawal 9.00 pagi itu menyaksikan ratusan pendayung dari seluruh negeri mempamerkan kecekapan serta kekuatan fizikal masing-masing dalam misi memburu gelaran Raja Sungai gelaran berprestij yang menjadi kebanggaan setiap pasukan.

SEKITAR suasana meriah di Tebingan Sungai Kuching dengan berlangsungnya acara Regata Sarawak 2025. Foto UKAS

Tumpuan utama semestinya kepada acara Perahu Bidar 30 Pekayuh Lelaki Tempatan merebut Piala TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak, yang terus menjadi pentas saingan paling sengit. Sebaik Sahaja bunyi isyarat permulaan dibunyikan, sungai seolah-olah bergelora dengan kayuhan pantas dan teratur daripada setiap pasukan, disusuli sorakan padu penonton di tebing sungai.

Tidak kurang menariknya, saingan Piala Perpaduan turut mencuri perhatian apabila pasukan pelbagai kaum tampil sepasukan di atas perahu, menzahirkan semangat ‘Segulai Sejalai’ yang menjadi teras perpaduan Sarawak. Walaupun kemenangan menjadi sasaran, semangat kerjasama dan muhibah jelas menjadi kekuatan utama mereka di air.

Perlumbaan turut dimeriahkan dengan kategori Piala Petronas, Piala Petros dan Piala MTCP, masing-masing menampilkan strategi, disiplin dan kecekapan tinggi dalam mengemudi perahu di arus deras Sungai Sarawak.

SEKITAR suasana meriah di Tebingan Sungai Kuching dengan berlangsungnya acara Regata Sarawak 2025. Foto UKAS

Bagi penonton, suasana di tebing sungai bertukar meriah bak pesta sukan rakyat apabila pelbagai lapisan masyarakat hadir memberi sokongan. Malah, peniaga tempatan turut mengambil peluang menjual makanan dan cenderamata tradisional, menambahkan lagi keceriaan festival yang menjadi lambang perpaduan rakyat Bumi Kenyalang itu.

Regata bukan sekadar acara tahunan tetapi satu simbol warisan dan semangat kesukanan yang terus hidup di hati rakyatnya yang menjadikan Sungai Sarawak bukan hanya nadi bandar raya Kuching tetapi juga gelanggang perpaduan dan kebanggaan negeri.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Ibu kandung dicari untuk pastikan hak dan keselamatan bayi terjamin – JKM Sarawak
Next: KNFM meriah, galak gaya hidup sihat dan mesra alam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.