Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Orang ramai, waris diharap tampil sahkan kubur lama sebelum pemindahan dilaksana
  • Tengah
  • WILAYAH

Orang ramai, waris diharap tampil sahkan kubur lama sebelum pemindahan dilaksana

Utusan Sarawak 2 days ago
HASIL semakan mendapati beberapa kubur lama di kawasan tanah perkuburan tersebut kini berada dalam kawasan tanah milik individu. Foto: Jawatankuasa Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Kampung Hulu Simanggang

SIMANGGANG: Orang ramai, khususnya waris kepada si mati, digesa tampil menyalurkan maklumat atau pengesahan berkaitan beberapa kubur lama di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hulu Simanggang.

Langkah itu perlu dilakukan sebelum pihak berkuasa melaksanakan sebarang tindakan pemindahan atau penetapan semula tapak

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Kampung Hulu Simanggang hari ini, hasil semakan mendapati beberapa kubur lama di kawasan tanah perkuburan tersebut kini berada dalam kawasan tanah milik individu.

“Berdasarkan maklumat daripada penduduk setempat dan pemerhatian jawatankuasa, kubur-kubur ini dianggarkan berusia lebih 100 tahun dan dipercayai antara yang terawal wujud di kawasan Kampung Hulu,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, jawatankuasa berkenaan menyeru kerjasama waris agar tampil segera memberikan maklumat bagi memastikan proses pemindahan atau penentuan semula tapak dapat dilakukan dengan teratur dan mengikut garis panduan syarak.

Langkah itu perlu dilaksanakan segera memandangkan beberapa projek pembangunan sedang dan akan dijalankan di kawasan berhampiran yang dikhuatiri boleh menjejaskan tapak asal kubur lama berkenaan sekiranya tidak diurus dengan sewajarnya.

Menurut kenyataan itu lagi, tindakan ini penting bagi mengelakkan sebarang pertikaian, menjaga kehormatan jenazah, serta memastikan proses pengurusan dijalankan dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Bahagian Sri Aman.

Waris yang mempunyai maklumat atau pertalian dengan kubur-kubur tersebut diminta menghubungi Jawatankuasa Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Kampung Hulu Simanggang dengan kadar segera bagi tujuan semakan dan pengesahan.

“Semoga segala usaha ini mendapat keredaan Allah SWT serta menjadi amal jariah dalam menjaga kemuliaan tanah perkuburan umat Islam di Kampung Hulu Simanggang,” ujar kenyataan itu.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Kontraktor diingatkan patuhi spesifikasi, utamakan kualiti kerja
Next: 35 pelajar UTS sertai lawatan ke Penjara Pusat Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.