Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kevin Lau gesa DAP Sarawak guna pengaruh Persekutuan tingkatkan peruntukan kesihatan negeri
  • TEMPATAN

Kevin Lau gesa DAP Sarawak guna pengaruh Persekutuan tingkatkan peruntukan kesihatan negeri

Utusan Sarawak 1 day ago
 KETUA Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Kaunselor Kevin Lau.

SIBU: Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Kaunselor Kevin Lau, menggesa Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak supaya memanfaatkan kedudukan mereka dalam Kerajaan Persekutuan untuk memastikan negeri ini menerima lebih banyak peruntukan bagi pembangunan sektor kesihatan.

Lau menegaskan, daripada menuding jari kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending, Violet Yong, sepatutnya memahami bahawa pembinaan hospital bukan isu politik, tetapi melibatkan keupayaan kewangan dan pengurusan jangka panjang.

“Pembinaan hospital bukan hanya tentang kos projek, tetapi juga melibatkan perbelanjaan operasi dan penyelenggaraan berterusan. Ini termasuk kesan inflasi perubatan serta keperluan menaik taraf kemudahan secara berkala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Violet yang mendakwa Dr Sim menolak cadangan DAP Sarawak untuk menubuhkan hospital milik kerajaan negeri atas sebab politik.

Menurutnya, dakwaan itu tidak mencerminkan kefahaman sebenar mengenai pengurusan kesihatan awam yang kompleks, khususnya dari segi pembiayaan dan tanggungjawab antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Lau berkata, walaupun Belanjawan 2026 memperuntukkan RM46.5 bilion bagi sektor kesihatan yang merupakan peruntukan kedua terbesar selepas pendidikan, jumlah itu masih belum memadai untuk menampung peningkatan kos peralatan, bekalan serta tenaga kerja kesihatan di seluruh negara.

Dalam pada itu, beliau menegaskan komitmen kerajaan Sarawak untuk terus memperkukuh infrastruktur kesihatan, termasuk membiayai pembinaan Pusat Kanser Sarawak sementara menunggu pelaksanaan oleh Kerajaan Persekutuan.

“Jika Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen, dan YB Violet benar-benar mahu memperjuangkan kepentingan rakyat Sarawak, mereka sepatutnya mendesak Kerajaan Persekutuan mempercepatkan projek tersebut,” ujarnya.

Lau yang juga Pengerusi SUPP Bawang Assan turut menyatakan bahawa dengan sumbangan hasil petroleum Sarawak berjumlah RM285 bilion kepada negara, sudah tiba masanya lebih banyak dana dikembalikan untuk memperkukuh kemudahan kesihatan serta perkhidmatan awam di negeri ini.

Beliau menambah, DAP Sarawak perlu memainkan peranan lebih proaktif sebagai sebahagian daripada kerajaan Persekutuan untuk memperjuangkan kepentingan negeri, bukan sekadar bertindak sebagai pembangkang di peringkat negeri.

Dalam konteks pembangunan lain, beliau menjelaskan bahawa bajet kerajaan Sarawak memberi tumpuan kepada pelaburan strategik yang membawa impak jangka panjang seperti menaik taraf utiliti air, telekomunikasi dan sistem pengangkutan termasuk Projek Transit Rapid Automatik (ART).

“Sebagai perbandingan, Pulau Pinang menerima pembiayaan penuh kerajaan Persekutuan bagi projek LRT Mutiara Line bernilai RM16.8 bilion walaupun hasil tahunannya sekitar RM810 juta. Maka, Sarawak juga wajar mendapat sokongan kewangan setara,” tegasnya.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Tindakan tegas menanti pemandu gagal pakai tali pinggang keledar
Next: Projek Lebuh Raya Pesisir Utara lengkapkan kesinambungan laluan darat Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.