Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Laluan baharu Batik Air Kuching–Kota Kinabalu bermula 15 Disember 2025
  • TEMPATAN

Laluan baharu Batik Air Kuching–Kota Kinabalu bermula 15 Disember 2025

Utusan Sarawak 15 hours ago
 DATO Sri Lee Kim Shin.

KUCHING: Kementerian Pengangkutan (MOTS) menyambut baik pengumuman laluan baharu oleh Batik Air yang bakal menghubungkan Kuching dan Kota Kinabalu mulai 15 Disember 2025.

Laluan harian Kuching–Kota Kinabalu–Kuching (KCH–BKI–KCH) itu dijangka memberi kemudahan lebih besar kepada penumpang selain memperkukuh hubungan udara antara dua ibu negeri di Borneo.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin, merakamkan penghargaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy, serta seluruh pasukan syarikat penerbangan itu atas komitmen berterusan mereka memperluas rangkaian penerbangan ke dan dalam Sarawak.

“Kementerian Pengangkutan menyokong sepenuhnya inisiatif Batik Air untuk mempertingkatkan kesalinghubungan udara antara negeri-negeri di Borneo serta dengan Semenanjung Malaysia.”

“Laluan baharu ini bukan sahaja memperkukuh hubungan perniagaan dan pelancongan, tetapi juga memberi kemudahan lebih besar kepada para pengembara antara bandar utama di Malaysia Timur,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut beliau, peningkatan hubungan udara antara Kuching dan Kota Kinabalu turut menyokong usaha berterusan kerajaan Sarawak dalam merangsang pembangunan ekonomi, pertumbuhan pelancongan dan integrasi serantau di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Dato Sri Lee menambah, MOTS akan terus bekerjasama rapat dengan syarikat penerbangan, pengendali lapangan terbang dan agensi pelancongan bagi memperluas laluan terus serta meningkatkan kekerapan penerbangan ke Sarawak.

Langkah itu, katanya, akan memastikan negeri ini kekal dihubungkan dengan baik di peringkat serantau dan antarabangsa.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: Panduan EIA bantu sektor perhutanan patuhi piawaian alam sekitar
Next: Inisiatif UNIFOR bukti komitmen kerajaan Sarawak perkukuh keharmonian antara agama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.