Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Regata Sarawak 2025: Perahu Bidar 30 Pekayuh Lelaki warnai pembukaan penuh gaya
  • TEMPATAN

Regata Sarawak 2025: Perahu Bidar 30 Pekayuh Lelaki warnai pembukaan penuh gaya

Utusan Sarawak 2 days ago
REGATA Sarawak 2025 membuka tirainya dengan penuh semangat di Tebingan Sungai Kuching pagi tadi. Foto UKAS

KUCHING: Regata Sarawak 2025 membuka tirainya dengan penuh semangat di Tebingan Sungai Kuching menandakan bermulanya antara acara sukan air paling berprestij di wilayah ini.

Acara pembukaan menyaksikan saingan hebat dalam kategori Perahu Bidar 30 Pekayuh Lelaki Terbuka bagi merebut Piala Antarabangsa Borneo diikuti oleh perlumbaan Perahu Bidar 15 Pekayuh Lelaki Terbuka yang turut menarik penyertaan daripada pasukan dalam dan luar negara.

Tumpuan utama hari ini pastinya kepada kategori Perahu Bidar 30 Pekayuh Lelaki Tempatan yang mempertaruhkan Piala Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Raja Sungai, antara anugerah paling berprestij dalam sejarah regata.

REGATA Sarawak 2025 membuka tirainya dengan penuh semangat di Tebingan Sungai Kuching pagi tadi. Foto UKAS

Sementara itu, perlumbaan Perahu Bidar 15 Pekayuh Lelaki Tempatan bagi Piala Perpaduan dan Perahu Bidar 25 Pekayuh Lelaki Tempatan bagi Piala Petros turut menambah kehangatan persaingan di laluan Sarangan A.

Penganjuran Regata Sarawak 2025 bukan sekadar pertandingan sukan air tetapi simbol keharmonian dan perpaduan rakyat berbilang kaum di Sarawak.

Tradisi turun-temurun ini terus menjadi lambang kekuatan semangat masyarakat negeri ini serta tarikan utama kepada pelancong dari dalam dan luar negara.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Menteri Besar Pahang mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Sarawak
Next: Panduan EIA bantu sektor perhutanan patuhi piawaian alam sekitar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.