Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ops Gempur JPJ Bintulu bongkar kesalahan berat kenderaan perdagangan
  • Utara
  • WILAYAH

Ops Gempur JPJ Bintulu bongkar kesalahan berat kenderaan perdagangan

Utusan Sarawak 21 hours ago
PENGARAH JPJ Negeri Sarawak, Norizan Jili, turun padang meninjau pelaksanaan di lapangan bagi memastikan tindakan penguatkuasaan dijalankan secara menyeluruh dan berkesan. Foto JPJ

BINTULU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sarawak memperhebat tindakan penguatkuasaan terhadap kenderaan perdagangan selepas beberapa kesalahan serius dikesan dalam Ops Khas Gempur Kenderaan Perdagangan Lebih Muatan yang dijalankan di sekitar Bandar Bintulu.

Operasi tersebut mendapati sejumlah kesalahan berat dilakukan termasuk empat kes ingkar permit, empat kes ubah suai kenderaan tanpa kebenaran, satu kes membawa muatan secara berbahaya, dan dua kes membawa lebih muatan.

SALAH satu kenderaan yang diperiksa dalam Ops Khas Gempur Kenderaan Perdagangan Lebih Muatan yang dijalankan di sekitar bandar Bintulu. Foto JPJ

Kesemua pemandu dan pemilik kenderaan yang terlibat telah dikenakan tindakan serta-merta mengikut undang-undang sedia ada.

Ketua Pembantu Penguat Kuasa JPJ Sarawak, Bahmin Amit, mengetuai operasi bersama tiga anggota penguat kuasa, manakala Pengarah JPJ Negeri Sarawak, Norizan Jili, turun padang meninjau pelaksanaan di lapangan bagi memastikan tindakan penguatkuasaan dijalankan secara menyeluruh dan berkesan.

JPJ Sarawak dalam kenyataan baru-baru ini menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pengusaha atau pemandu kenderaan perdagangan yang mengabaikan peraturan jalan raya serta syarat permit operasi.

“Tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi undang-undang kerana perbuatan sebegini bukan sahaja menyalahi peraturan, malah boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain,” tegas kenyataan itu.

Menurut JPJ, operasi penguatkuasaan seperti ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap pematuhan undang-undang dalam industri pengangkutan darat berada pada tahap optimum, selain memastikan keselamatan dan disiplin pengguna jalan raya terus terpelihara.

Oleh Amanda L

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JPJ Sarawak laksana Ops Khas Gempur kenderaan perdagangan di Miri
Next: SK Penibong anjur majlis khatam al-Quran perkukuh silaturahim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.