Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JPJ Sarawak laksana Ops Khas Gempur kenderaan perdagangan di Miri
  • Utara
  • WILAYAH

JPJ Sarawak laksana Ops Khas Gempur kenderaan perdagangan di Miri

Utusan Sarawak 14 hours ago

PELAKSANAAN Ops Khas Gempur Kenderaan Perdagangan di sekitar Bandar Miri baru-baru ini. Foto JPJ

MIRI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sarawak melalui Bahagian Penguatkuasa Cawangan Miri telah melaksanakan Ops Khas Gempur Kenderaan Perdagangan di sekitar Bandar Miri baru-baru ini.

Operasi berkenaan dijalankan bagi memastikan tahap pematuhan undang-undang jalan raya dalam kalangan pemandu serta pengusaha kenderaan perdagangan kekal tinggi.

Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 399 kenderaan pelbagai jenis telah diperiksa, manakala 129 notis ketidakakuran dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Antara kesalahan utama yang direkodkan ialah nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi (35 kes), kesalahan teknikal kenderaan (24 kes) serta tiada lesen memandu (14 kes).

Menurut kenyataan JPJ Sarawak baru-baru ini, operasi berkenaan dijalankan secara berterusan sebagai langkah pencegahan dan penguatkuasaan bagi memastikan semua pemandu serta pemilik kenderaan perdagangan mematuhi sepenuhnya peraturan jalan raya.

JPJ menegaskan bahawa aspek keselamatan dan pematuhan undang-undang menjadi keutamaan dalam memastikan kelancaran trafik serta keselamatan pengguna jalan raya lain.

Dalam pada itu, JPJ Sarawak menggesa semua pengusaha dan pemandu kenderaan perdagangan supaya memastikan kenderaan mereka sentiasa berada dalam keadaan baik serta mematuhi spesifikasi teknikal yang sah sebelum beroperasi di jalan raya.

Kegagalan berbuat demikian bukan sahaja menyalahi undang-undang, tetapi turut menjejaskan keselamatan nyawa dan kelancaran pergerakan trafik.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BDDA pacu kemajuan 25 projek pembangunan di DUN Kalaka
Next: Ops Gempur JPJ Bintulu bongkar kesalahan berat kenderaan perdagangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.