BDDA pacu kemajuan 25 projek pembangunan di DUN Kalaka

Facebook
WhatsApp
MOHAMAD Duri semasa mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Projek BDDA di bawah DUN Kalaka, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Sebanyak 25 projek pembangunan di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka sedang giat dilaksanakan bagi memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati oleh rakyat di kawasan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, pelaksanaan projek-projek tersebut membuktikan komitmen kerajaan negeri melalui Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) dalam mempercepat pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas di kawasan luar bandar.

Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Projek BDDA di bawah DUN Kalaka yang diadakan di Bilik Mesyuarat Perpustakaan Awam Saratok, Majlis Daerah Saratok (MDS), hari ini.

MOHAMAD Duri semasa mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Projek BDDA di bawah DUN Kalaka, dekat sini hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Mesyuarat berkenaan membincangkan kemajuan kerja semua projek yang melibatkan agensi pelaksana seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) Saratok, Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Betong, Sarawak Energy Berhad (SEB), Jabatan Pertanian dan MDS.

Antara projek utama yang dibincangkan ialah pemasangan talian grid 33 kilovolt (KV) dari Jalan Kampung Kaba ke Simpang Kampung Nyabor yang kini telah mencapai 53 peratus kemajuan mengikut jadual. 

Projek tersebut katanya penting bagi menjamin bekalan elektrik yang stabil dan boleh dipercayai kepada penduduk setempat.

Turut diberi perhatian ialah projek naik taraf jalan-jalan pertanian, pembinaan Tebingan Saratok, pemasangan lampu solar di 36 rumah panjang dan 24 kampung, serta penambahbaikan sistem perparitan di 14 kampung sekitar Pekan Saratok.

Mesyuarat itu turut dihadiri wakil daripada Unit Perancangan Ekonomi Sarawak (EPU), Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak (SIMU), Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong, Pejabat Daerah Saratok dan urusetia BDDA.

Mohamad Duri turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi kerajaan atas komitmen tinggi dan kerjasama erat dalam merealisasikan agenda pembangunan DUN Kalaka.

Oleh Adi Safarman

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos