Wanita pemangkin pembangunan luar bandar

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
DATO Mohd Chee Kadir menghadiri Majlis Randau Bersama Biro Wanita Wawasan Pangey yang diadakan di Rumah Geraman Busum, Pangey, pagi tadi. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

KABONG: Golongan wanita perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam pembangunan sosial dan ekonomi di kawasan luar bandar agar mereka tidak hanya menjadi penerima manfaat, tetapi juga pemangkin kepada kemajuan komuniti setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, penglibatan wanita dalam aktiviti kemasyarakatan dan ekonomi dapat memperkukuh struktur sosial serta menjana pendapatan yang mampan bagi keluarga dan masyarakat luar bandar.

“Wanita luar bandar mempunyai potensi besar untuk digerakkan sebagai ejen perubahan. 

“Mereka bukan sahaja mampu memperkukuh kesejahteraan keluarga, malah turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat,” katanya.

DATO Mohd Chee Kadir menghadiri Majlis Randau Bersama Biro Wanita Wawasan Pangey yang diadakan di Rumah Geraman Busum, Pangey, pagi tadi. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Randau Bersama Biro Wanita Wawasan Pangey yang diadakan di Rumah Geraman Busum, Pangey, pagi tadi. Turut hadir, isteri beliau, Datin Meryani Yassin.

Chee Kadir berkata, program seperti ini bukan sahaja mempererat hubungan antara pemimpin dan masyarakat, tetapi juga menjadi platform penting untuk mengenal pasti isu dan keperluan wanita di peringkat akar umbi.

Beliau turut menggesa agar lebih banyak inisiatif dan latihan kemahiran diteruskan bagi memastikan wanita luar bandar terus berdikari dan memainkan peranan signifikan dalam agenda pembangunan negeri serta negara.

DATO Mohd Chee Kadir menghadiri Majlis Randau Bersama Biro Wanita Wawasan Pangey yang diadakan di Rumah Geraman Busum, Pangey, pagi tadi. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

Dalam majlis tersebut, Chee Kadir telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM3,000 kepada Biro Wanita Wawasan Pangey bagi tujuan pelaksanaan aktiviti serta program pembangunan wanita di kawasan berkenaan.

Menurutnya, bantuan itu diharap dapat digunakan dengan sebaik mungkin bagi memperkasakan peranan wanita dalam komuniti, termasuk dalam bidang keusahawanan, kemahiran dan pendidikan keluarga.

Oleh Adi Safarman