Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Komitmen bersama pastikan setiap projek untuk rakyat disiapkan sepenuhnya
  • TEMPATAN

Komitmen bersama pastikan setiap projek untuk rakyat disiapkan sepenuhnya

Utusan Sarawak 1 day ago

Mohamad Duri mengadakan perjumpaan bersama rombongan JPS Betong dan agensi berkaitan bagi membincangkan pelaksanaan beberapa RTP di kawasan DUN Kalaka. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri menegaskan komitmen beliau untuk memastikan setiap projek pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka disiapkan sepenuhnya mengikut jadual serta memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

Menurutnya, menjadi amalan beliau untuk sentiasa berhubung dengan agensi pelaksana bagi memantau kemajuan dan pelaksanaan projek agar hasilnya benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.

“Telah menjadi kebiasaan bagi saya untuk sentiasa berhubung dengan pihak agensi pelaksana projek bagi memastikan setiap projek yang dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik dapat memenuhi spesifikasi serta siap mengikut jadual,” katanya.

Baru-baru ini, beliau telah mengadakan perjumpaan bersama rombongan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Betong bagi membincangkan pelaksanaan beberapa projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) di kawasan DUN Kalaka.

Mohamad Duri mengadakan perjumpaan bersama rombongan JPS Betong dan agensi berkaitan bagi membincangkan pelaksanaan beberapa RTP di kawasan DUN Kalaka. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Antara yang turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi, Setiausaha Kehormat Gapor Ahmad, wakil Pejabat Residen Bahagian Betong, Kato Dorsie, wakil Pejabat Daerah Saratok serta rombongan JPS Betong.

Selain mengadakan perbincangan di Pusat Khidmat ADUN N.38 Kalaka, rombongan turut membuat lawatan ke beberapa tapak projek yang sedang dan telah dilaksanakan di sekitar Pekan Saratok.

Menurut Mohamad Duri, pendekatan turun padang bersama agensi pelaksana amat penting bagi mengenal pasti sebarang permasalahan di peringkat awal serta mencari kaedah penyelesaian yang terbaik.

“Melalui kaedah turun padang bersama agensi pelaksana, setiap permasalahan dapat dikenal pasti bagi mencapai kaedah penyelesaian yang terbaik,” ujarnya.

Beliau turut menzahirkan harapan agar semua kontraktor yang terlibat dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan penuh amanah dan memastikan projek siap dengan kualiti terbaik.

“Projek pembangunan di kawasan luar bandar diharap dapat memberikan kemudahan asas yang baik kepada penduduk setempat,” tambahnya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Konsul Jeneral Republik Indonesia
Next: Ceramah Perdana bersama Ustaz Dr Abdullah Khairi di Betong, 8 November ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.