Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Setengah juta haiwan ternakan ditakai susulan penyebaran pantas selesema burung di Jerman
  • GLOBAL

Setengah juta haiwan ternakan ditakai susulan penyebaran pantas selesema burung di Jerman

Utusan Sarawak 2 days ago

JERMAN menghadapi wabak selesema burung H5N1 yang besar, dengan lebih 500,000 ekor ayam telah dibunuh di pelbagai wilayah.

BERLIN: Sebanyak setengah juta haiwan ternakan ditakai di Jerman susulan wabak selesema burung yang kian menular, menurut Institut Kesihatan Haiwan negara itu pada Isnin, lapor agensi berita Jerman dpa.

Institut Friedrich Loeffler (FLI) memaklumkan sebanyak 30 kes wabak direkodkan di ladang ternakan dan 73 kes dikesan dalam kalangan burung liar sejak awal September.

Lebih 500,000 ekor ayam, itik, angsa dan ayam belanda ditakai sebagai langkah tindak balas.

Beribu-ribu ternakan lain turut dimusnahkan secara pencegahan di beberapa negeri selepas analisis FLI mengesahkan jangkitan virus selesema burung H5N1. 

Burung liar yang berhijrah ke kawasan selatan dikenal pasti sebagai pembawa utama virus berkenaan dan risiko jangkitan meningkat dengan ketara semasa musim penghijrahan burung pada musim luruh.

FLI menjelaskan angka yang dikeluarkan hanyalah gambaran semasa memandangkan keadaan berubah dengan pantas. 

Sebanyak 23 kes kini sedang disiasat — 22 melibatkan burung liar dan satu di ladang ternakan.

“Lebih banyak kes dijangka dikesan,” kata jurucakap institut itu.

Di tengah-tengah kebimbangan terhadap kemungkinan kenaikan harga ayam dan telur di Jerman, semakin banyak gesaan dibuat agar haiwan ternakan diternak di dalam reban tertutup bagi mengelak jangkitan daripada burung liar.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Trump dedah jalani imbasan MRI
Next: Ikan Murray Cod Australia pecah rekod selepas berenang sejauh 860 kilometer

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.