Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pesawat terhempas di Greenland, seorang maut – Agensi trafik udara Denmark
  • GLOBAL

Pesawat terhempas di Greenland, seorang maut – Agensi trafik udara Denmark

Utusan Sarawak 2 days ago
GAMBAR yang menunjukkan sebuah pesawat ringan dilaporkan terhempas, seorang maut.

HAMILTON: Agensi trafik udara Denmark, Naviair pada Isnin mengesahkan bahawa pesawat ringan yang dilaporkan hilang antara Kanada dan Greenland ditemukan terhempas, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Satu-satunya individu di dalam pesawat disahkan maut.

Menurut laporan CBC News, pihak berkuasa menemukan lokasi nahas di kawasan pergunungan Sermitsiaq, kira-kira 15 kilometer timur laut Nuuk, ibu negara Greenland.

Operasi mencari dimulakan hujung minggu lalu tetapi terpaksa ditangguhkan pada Sabtu akibat cuaca buruk dan jarak penglihatan yang rendah.

Misi pencarian disambung semula pada Ahad, membawa kepada penemuan serpihan pesawat berkenaan.

Naviair berkata pesawat jenis Cessna T182 itu berdaftar atas nama sebuah syarikat Amerika Syarikat dan berlepas dari Newfoundland dan Labrador sebelum terputus hubungan.

Textron Aviation, pemilik jenama Cessna, memaklumkan kepada CBC bahawa mereka menyedari insiden itu namun tidak dapat mengeluarkan maklumat lanjut berikutan sekatan yang dikenakan oleh Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS dan Lembaga Siasatan Kemalangan Maritim Denmark.

Pihak berkuasa turut memaklumkan bahawa waris mangsa telah dimaklumkan dan siasatan kini diserahkan kepada polis.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Gempa bumi 6.1 skala Richter landa wilayah Balikesir, barat Turkiye
Next: Trump dedah jalani imbasan MRI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.