Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerja naik taraf menara loceng dan parkir gereja St. Anthony bermula November ini
  • Utara
  • WILAYAH

Kerja naik taraf menara loceng dan parkir gereja St. Anthony bermula November ini

Utusan Sarawak 15 hours ago
JOHNNY Pang meninjau tapak projek menaik taraf menara loceng dan tempat letak kereta di Gereja St. Anthony, Bintulu bersama wakil JKR serta jawatankuasa gereja, semalam.

BINTULU: Kerja menaik taraf menara loceng serta kawasan tempat letak kereta di Gereja St. Anthony, di sini dijadualkan bermula pada November ini dan dijangka siap dalam tempoh enam bulan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, pelaksanaan projek itu akan diselia bersama oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) serta pihak pengurusan gereja bagi memastikan mutu kerja dan aspek keselamatan sentiasa dipantau dengan rapi.

“Menara loceng bukan hanya struktur binaan, tetapi simbol keutuhan iman, keharmonian dan ketenangan rohani masyarakat di sini,” katanya selepas meninjau lokasi bersama wakil JKR dan jawatankuasa gereja semalam.

Johnny Pang menegaskan, kerja penambahbaikan tersebut amat penting untuk memastikan kemudahan rumah ibadat berkenaan kekal dalam keadaan baik, selamat dan selesa digunakan oleh para penganut.

Selain itu, beliau turut meminta Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) untuk meneliti semula keadaan tempat letak kereta di kawasan gereja bagi meningkatkan keselamatan serta kelancaran pergerakan pengguna.

“Saya berharap pihak gereja dapat memantau pelaksanaan projek ini agar kualiti kerja menepati standard yang ditetapkan.

JOHNNY Pang meninjau tapak projek menaik taraf menara loceng dan tempat letak kereta di Gereja St. Anthony, Bintulu bersama wakil JKR serta jawatankuasa gereja, semalam.

“Pada masa yang sama, saya juga meminta BDA memperbaiki laluan dan permukaan parkir supaya lebih selesa dan selamat digunakan,” ujarnya.

Menurut beliau, usaha menaik taraf rumah ibadat bukan sahaja meningkatkan kemudahan komuniti, tetapi turut menyemai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.

“Pembangunan fizikal dan rohani perlu seiring apabila kemudahan dipertingkat, kesejahteraan dan keharmonian masyarakat turut dapat dipupuk,” katanya.

Projek itu dijangka memberi wajah baharu kepada bangunan ikonik Gereja St. Anthony yang sekian lama menjadi lambang keimanan dan perpaduan komuniti Katolik di Bintulu.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: A victim of illegal loan shark advertisements
Next: Jeti nelayan Kampung Sebuan Kecil dinaik taraf demi keselamatan komuniti pesisir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.