

Antara warga asing yang diperiksa dalam Ops Sapu oleh UPKP JIM Sarawak di dua kilang papan lapis sekitar Bintulu. Foto JIM Sarawak
BINTULU: Seramai 203 warga asing ditahan dalam Ops Sapu yang dilaksanakan oleh Unit Pemantauan Keselamatan dan Penguatkuasaan (UPKP) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak) di sekitar bandar Bintulu awal pagi semalam.
Operasi yang bermula sekitar 2.00 pagi itu melibatkan 23 anggota penguat kuasa dan menumpukan serbuan di dua kilang papan lapis yang disyaki menggajikan pekerja asing tanpa dokumen sah.
Menurut JIM Sarawak, seramai 357 individu diperiksa dan hasilnya 203 orang ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63.


Antara warga asing yang diperiksa dalam Ops Sapu oleh UPKP JIM Sarawak di dua kilang papan lapis sekitar Bintulu. Foto JIM Sarawak
Mereka terdiri daripada 129 lelaki dan 74 wanita yang kini ditahan di Depot Tahanan Imigresen untuk siasatan lanjut.
JIM Sarawak menegaskan operasi seumpama itu akan terus diperhebat bagi memastikan pematuhan undang-undang imigresen serta membanteras penggajian warga asing tanpa kebenaran sah di negeri ini.