Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Abang Johari bakal sampaikan ucapan utama di SIEW Summit
  • SEMASA

Abang Johari bakal sampaikan ucapan utama di SIEW Summit

Utusan Sarawak 10 hours ago
FOTO Facebook Sarawakku.

SINGAPURA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang tiba di sini semalam, akan menyampaikan ucapan utama pada Sidang Kemuncak Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura (SIEW), hari ini.

Beliau berlepas dari Kuala Lumpur semalam selepas menghadiri acara Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) dan turut menjadi penceramah panel dalam forum ASEAN Energy Transition bersempena Sidang Kemuncak ASEAN.

Dalam ucapan petang ini, Abang Johari akan menekankan rancangan Sarawak meninjau semula strategi pelaksanaannya untuk menjadi negeri maju dan berpendapatan tinggi melalui tenaga bersih dan inovasi di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 Sarawak (2026-2030).

Sebelum itu, Abang Johari akan mengadakan pertemuan dengan pegawai utama MASDAR, syarikat tenaga boleh diperbaharui dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), dan kemudian dengan Menteri Tan See Leng, Menteri Sumber Manusia Singapura serta Menteri Kedua Perdagangan dan Industri.

Hadir sama Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi, serta timbalannya, Datuk Ibrahim Baki.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 61 pelajar Malaysia terkandas di Jakarta dijadual pulang malam ini
Next: Trump berlepas dari Malaysia ke Jepun bagi peringkat kedua jelajah Asia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.