
BINTANGOR: Peranan Gereja BEM Bandar Bintangor sebagai pusat penyatuan masyarakat serta penyebaran kasih dan harapan terus menonjol sepanjang 36 tahun penubuhannya.
Majlis sambutan ulang tahun ke-36 gereja itu diadakan malam tadi, dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, bagi meraikan acara berkenaan.
“Kejayaan gereja mencapai usia 36 tahun merupakan pencapaian membanggakan yang membuktikan kesetiaan serta komitmen jemaat dalam melayani Tuhan dan masyarakat.
“Gereja BEM Bandar Bintangor telah memainkan peranan penting dalam membina perpaduan dan menyebarkan kasih sayang serta membawa mesej harapan kepada masyarakat setempat,” katanya ketija berucap pada majlis tersebut.
Tambahnya, gereja turut menjadi platform pendidikan rohani dan pembangunan komuniti, sekali gus memberi impak positif kepada penduduk setempat.
Beliau juga berharap gereja tersebut akan terus berkembang maju serta menjadi sumber inspirasi dan tempat perlindungan rohani bagi mereka yang memerlukan.
“Semoga semangat kerjasama dan kasih Kristus terus mengikat jemaat dalam keharmonian dan perpaduan,” katanya.
Koung Hiing beliau turut mengumumkan penyaluran geran khas Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM10,000 kepada Gereja BEM Bandar Bintangor untuk pelaksanaan aktiviti tahunan pada 2026.
Turut hadir pengkhutbah udangan, Pastor Jolly dan Pastor Gereja BEM Bandar Bintangor, Pastor Christianson Chau Merang.
Oleh Earl Anek