Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Norris rangkul kemenangan di Mexico, ungguli Kejuaraan F1
  • SUKAN

Norris rangkul kemenangan di Mexico, ungguli Kejuaraan F1

Utusan Sarawak 11 hours ago
PELUMBA British McLaren, Lando Norris, meraikan kemenangan selepas memenangi Grand Prix Formula Satu Mexico City di litar Hermanos Rodriguez, Mexico City pada 26 Oktober 2025. Foto AFP

MEXICO CITY: Pelumba McLaren, Lando Norris melakar kejayaan gemilang di Grand Prix Mexico semalam untuk muncul pendahulu baharu Kejuaraan Dunia Formula Satu (F1), lapor agensi berita Jerman dpa.

Bermula di petak utama, Norris mempamerkan aksi mantap sepanjang perlumbaan yang penuh drama bagi meraih kemenangan pertamanya sejak Grand Prix Hungary pada Ogos lalu. 

Kemenangan itu juga membolehkannya memintas rakan sepasukan, Oscar Piastri, di tangga teratas kejuaraan.

Piastri yang memulakan saingan di petak ketujuh berdepan perlumbaan sukar sebelum menamatkan aksi di tempat kelima, selepas tergelincir ke kedudukan kesembilan pada pusingan pembukaan.

Pelumba Ferrari, Charles Leclerc menamatkan perlumbaan di tempat kedua, manakala juara bertahan Max Verstappen dari Red Bull di tempat ketiga, sekali gus merekodkan enam podium berturut-turut dalam usahanya mempertahankan gelaran dunia.

Kejayaan itu meletakkan Norris satu mata di hadapan Piastri dalam kedudukan keseluruhan, sementara Verstappen kini ketinggalan 36 mata di belakang pendahulu baharu itu.

Piastri gagal menaiki podium dalam empat perlumbaan berturut-turut, membolehkan Norris dan Verstappen merapatkan jurang mata dalam perebutan kejuaraan.

Aksi seterusnya bakal berlangsung di Grand Prix Brazil hujung minggu depan, melengkapkan siri tiga perlumbaan berturut-turut musim ini.

— BERNAMA-dpa

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Frenz Legend rangkul juara Kejohanan Bola Sepak Veteren Seborneo Piala Awang Tengah
Next: Liverpool: Slot masih tercari-cari jawapan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.