
MIRI: Seorang lelaki panik seketika petang tadi di tempat letak kereta Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua apabila keretanya terkunci dan kunci tertinggal di dalam kereta.

“Sebaik tiba, pasukan kami mendapati kenderaan terkunci dari dalam. Anggota bertindak menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu bahagian pemandu,” katanya di sini hari ini.
Menurut Henry,operasi berjaya diselesaikan dalam masa singkat tanpa sebarang kerosakan atau kecederaan dilaporkan.
Operasi tamat pada 6.36 petang.
Oleh Liong Chai Ling