Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 423 projek pembangunan bukti kecekapan dan dedikasi warga JKR Sarawak
  • TEMPATAN

423 projek pembangunan bukti kecekapan dan dedikasi warga JKR Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas merasmikan Program JKR Team Building: Raban Empowerment – Strengthening Team Spirit Bahagian Betong yang diadakan di Kuching semalam. Foto: JKR Sarawak

KUCHING: Kecekapan dan dedikasi warga Jabatan Kerja Raya (JKR) di seluruh Sarawak terus menjadi kebanggaan apabila sebanyak 423 projek pembangunan berjaya dilaksanakan dengan jayanya di seluruh negeri.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pencapaian ini memperlihatkan komitmen tinggi warga JKR dalam melaksanakan tanggungjawab mereka demi kemajuan rakyat dan negeri.

“Pencapaian ini bukan sekadar angka, tetapi bukti kepada semangat kerja berpasukan, integriti, dan kesungguhan warga JKR Sarawak dalam menjayakan agenda pembangunan negeri.

“Saya amat berbangga dan berterima kasih kepada semua yang telah memberikan komitmen terbaik,” katanya semasa merasmikan Program JKR Team Building: Raban Empowerment – Strengthening Team Spirit Bahagian Betong yang diadakan di sini, semalam.

Menurut beliau yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata, kejayaan pelaksanaan projek-projek tersebut adalah hasil pendekatan kerja berdisiplin, sistematik dan berpandukan nilai profesionalisme tinggi dalam setiap peringkat pelaksanaan.

TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berucap pada Program JKR Team Building: Raban Empowerment – Strengthening Team Spirit Bahagian Betong yang diadakan di Kuching, semalam. Foto JKR Sarawak

Beliau turut menegaskan bahawa pelaksanaan inisiatif ‘One-Month Pledge’ akan terus diperkukuh bagi memastikan sebarang isu teknikal atau kelewatan projek dapat diselesaikan segera.

“Tanggungjawab kita bukan hanya menyiapkan projek, tetapi memastikan pelaksanaannya menepati standard antarabangsa, memberi manfaat langsung kepada rakyat dan meningkatkan imej kerajaan negeri,” tegasnya.

Dalam pada itu, Uggah turut mengiktiraf pencapaian JKR Sarawak di peringkat antarabangsa, termasuk kejayaan di Anugerah Bentley Infrastructure 2025 yang berlangsung di Amsterdam, menandakan keupayaan jabatan bersaing di pentas global dalam bidang kejuruteraan dan infrastruktur.

Program Raban Empowerment – Strengthening Team Spirit yang berlangsung penuh semangat itu menjadi platform untuk memperkukuh jalinan perpaduan, semangat kekitaan dan keutuhan organisasi dalam kalangan warga kerja JKR Bahagian Betong.

JKR Sarawak komited untuk terus mendukung visi ‘We Build For You’ dalam membina negeri yang maju, berdaya tahan dan sejahtera menjelang 2030.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Usahawan luar bandar harus rebut peluang melalui e-dagang
Next: 5,369 rumah PPRS di Sarawak dilaksana tahun ini – KKDW

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.