Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Regata Sarawak – Festival Tebingan Kuching 2025 buka tirai penuh aksi, PODSI Sekadau dan KDB Indonesia A catat masa terpantas
  • TEMPATAN

Regata Sarawak – Festival Tebingan Kuching 2025 buka tirai penuh aksi, PODSI Sekadau dan KDB Indonesia A catat masa terpantas

Utusan Sarawak 1 day ago
PESERTA dari dalam dan luar negara beraksi dalam saingan hari pertama Regata Sarawak – Festival Tebingan Kuching 2025 di Sungai Sarawak, Kuching. Foto JAPEN 

KUCHING: Regata Sarawak – Festival Tebingan Kuching 2025 membuka tirai penuh aksi di Sungai Sarawak hari ini, dengan pasukan dari dalam dan luar negara menampilkan kehebatan masing-masing dalam kategori DB20 Premier Open dan DB12 Premier Mix.

Pasukan PODSI Sekadau dari Indonesia mencatat masa terpantas keseluruhan hari pertama dengan 1:11.971 dalam kategori DB20 Premier Open, sementara KDB Indonesia A turut mencuri tumpuan apabila merekodkan 1:20.832 dalam kategori DB12 Premier Mix.

Dalam saingan DB20 Premier Open, persaingan sengit menyaksikan Rogue Pilipinas Paddlers Club, PCC Paddlers, dan LANDAS A masing-masing mencatat masa 1:14.417, 1:14.044, dan 1:14.434.

Aksi turut diserikan oleh AZAM KW Dragon A (1:15.112) dan Tabuan Sungai Bunga (1:16.070).

Pasukan tempatan Kuching Dragon Boat Club menamatkan Heat 6 dengan catatan 1:17.057, manakala pasukan antarabangsa seperti Almaty Dragons (1:17.005) dan Daerah Tutong Dragon Boat Team (1:17.275) turut memberikan tentangan hebat.

PESERTA dari dalam dan luar negara beraksi dalam saingan hari pertama Regata Sarawak – Festival Tebingan Kuching 2025 di Sungai Sarawak, Kuching. Foto JAPEN 

Dalam kategori DB12 Premier Mix, Pacific West Dragon Boat Club mencatat 1:24.509 dan BSAC Thailand 1:26.405. Combat Dragons, KTDB/DBKL, dan Team Kuromee masing-masing mengungguli heat awal dengan masa antara 1:27 hingga 1:30 minit.PESERTA dari dalam dan luar negara beraksi dalam saingan hari pertama Regata Sarawak – Festival Tebingan Kuching 2025 di Sungai Sarawak, Kuching. Foto JAPEN Dalam kategori DB12 Premier Mix, Pacific West Dragon Boat Club mencatat 1:24.509 dan BSAC Thailand 1:26.405. Combat Dragons, KTDB/DBKL, dan Team Kuromee masing-masing mengungguli heat awal dengan masa antara 1:27 hingga 1:30 minit.

Pasukan tempatan Kuching Dragon Boat Club Team Laksa juga tidak ketinggalan apabila menamatkan Heat 7 dengan catatan 1:27.767.

Perlumbaan dijangka bertambah sengit menjelang peringkat separuh akhir dan akhir yang dijadualkan berlangsung pada 26 Oktober 2025 nanti.

Oleh Amanda L & Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Sarawak tolak dakwaan tidak berasas Bruno Manser Fund – Abang Johari
Next: Unimas bantu komuniti kampung hasilkan produk hijau melalui Program EcoEnzyme

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.