Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki ditahan miliki, positif dadah di Kapit
  • JENAYAH

Lelaki ditahan miliki, positif dadah di Kapit

Utusan Sarawak 1 day ago
LELAKI ditahan selepas disyaki memiliki dan menggunakan dadah dalam satu operasi. Foto IPD Kapit


KAPIT: Lelaki ditahan selepas disyaki memiliki dan menggunakan dadah dalam satu operasi dijalankan di Jalan Selirik-Mujung, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kapit DSP Rohana Nahu berkata, suspek ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek menemui satu paket plastik kecil lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

“Ujian saringan awal air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Rohana menegaskan pihak polis memandang serius kesalahan berkaitan dadah dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam penyalahgunaan bahan terlarang itu.

“Polis menggesa orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan dadah di Daerah Kapit bagi membantu pihak berkuasa membanteras gejala ini,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Wanita 41 tahun positif dadah ditahan dalam operasi bersepadu di Saratok
Next: Lelaki ditahan miliki syabu di Engkilili

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.