Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 15 NGO Sibu terima peruntukan khas
  • Tengah
  • WILAYAH

15 NGO Sibu terima peruntukan khas

Utusan Sarawak 1 day ago
RAKAM KENANGAN…Teo (empat kiri) merakam kenangan bersama para penerima Peruntukan Khas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing pada majlis penyampaian di Pejabat PDP Bahagian Dudong, hari ini. Turut kelihatan Ting (tiga kanan).

SIBU: Sebanyak 15 persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerima Peruntukan Khas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing berjumlah RM415,000 hari ini.

Majlis penyampaian peruntukan tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Parti Demokratik Progresif (PDP) Bahagian Dudong Datuk Teo Boon Siew.

Dalam ucapannya, Teo sekali lagi menasihatkan para penerima supaya menggunakan peruntukan tersebut dengan betul mengikut tujuan asal permohonan.

“Sebagai contoh, jika permohonan untuk membaiki rumah, gunakan peruntukan ini untuk membaiki rumah, jika permohonan untuk menjalankan aktiviti tahunan, gunakan bagi tujuan itu.

“Ini penting, sekira berlakunya penyalahgunaan, ia boleh menyukarkan kelulusan permohonan peruntukan pada masa akan datang,” tegasnya.

Turut hadir Setiausaha Politik Premier Sarawak, Joshua Ting Fu Ying.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 33 pegawai JPJ sertai kursus GIRN
Next: Long Bemang banjir lagi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.