Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Mercu tanda baharu pacu pembangunan industri konvensyen Sarawak
  • TEMPATAN

Mercu tanda baharu pacu pembangunan industri konvensyen Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
TINJAU…Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengadakan lawatan kerja ke tapak projek Pusat Konvensyen Borneo Kuching II (BCCK II), di sini, hari ini.

KUCHING: Pembinaan Pusat Konvensyen Borneo Kuching II (BCCK II) bakal menjadi mercu tanda baharu yang memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai peneraju industri konvensyen dan acara antarabangsa di rantau ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu II serta Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, hari ini mengadakan lawatan kerja ke tapak projek berkenaan di Daerah Tanah Muara Tebas bagi meninjau kemajuan pelaksanaannya.

Projek bernilai RM550 juta itu yang kini berada di hadapan jadual pembinaan yang mana sehingga minggu lalu, projek yang bermula pada April 2025 telah mencapai kemajuan 3.27 peratus dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Disember 2027.

BCCK II akan menampilkan reka bentuk moden dengan dewan utama berkapasiti 9,500 orang — hampir dua kali ganda lebih besar daripada BCCK sedia ada. Ia turut dilengkapi kemudahan tempat letak kereta bertingkat dengan lebih 1,000 petak, 20 bilik persidangan kecil serta kawasan tepi sungai yang menambah daya tarikan pusat konvensyen itu.

TERBAIK…Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama tetamu kehormat yang lain merakam kenangan ketika mengadakan lawatan kerja ke tapak projek Pusat Konvensyen Borneo Kuching II (BCCK II), di sini, hari ini.

Selain itu, sebuah jambatan pejalan kaki berbumbung akan dibina bagi menghubungkan BCCK II dengan BCCK sedia ada, mewujudkan kawasan konvensyen bersepadu pertama seumpamanya di Sarawak.

Apabila siap kelak, projek ini dijangka menjadi pemangkin utama pembangunan industri konvensyen dan pelancongan negeri, serta memperkukuh ekonomi tempatan. Antara acara antarabangsa besar yang bakal dihoskan ialah Kongres dan Pameran Dunia Persatuan Air Antarabangsa (IWA) 2028, yang dijangka menarik lebih 10,000 peserta dari seluruh dunia ke Kuching.

GAMBAR pandangan dari udara menunjukkan keseluruhan tapak projek BCCK II. Foto JKR

Selaras dengan aspirasi pendigitalan Sarawak, BCCK II turut menggunakan Teknologi Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) dalam pelaksanaannya, bagi memastikan kerja pemantauan dan pembinaan dilaksanakan dengan lebih efisien, berkualiti dan tepat masa.

Lawatan itu turut disertai pegawai kanan JKR Sarawak serta pasukan penyeliaan projek yang komited memastikan projek berprestij ini disiapkan mengikut jadual dan memenuhi piawaian tertinggi infrastruktur negeri.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: Missing teen returned home
Next: Eric Tay gesa pembaharuan undang-undang dan pendidikan tangani keganasan sekolah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.