
KUCHING: Pasukan Dynamic Kuching, diketuai Pengerusi Eric Tay, menganjurkan ‘Pertandingan Mewarna Cinta Sarawak’ dan ‘Ceramah Kesedaran Influenza’ hari ini di Tadika Eduland Padungan.
Program ini menggabungkan seni dan pendidikan bagi memupuk kreativiti serta kesedaran kesihatan dalam kalangan kanak-kanak.
Eric Tay menegaskan bahawa kesihatan dan pendidikan yang baik mesti bermula dari kanak-kanak.
“Untuk mencintai negara dan rumah anda, anda mesti belajar mencintai diri sendiri terlebih dahulu.
“Mengajar kanak-kanak mencuci tangan, mengelak memasukkan jari ke mulut, dan tidak berkongsi perkakas makan meletakkan asas gaya hidup sihat,” katanya.

Smentara itu, program tersebut dipengerusikan oleh Michelle Chai, seorang profesional farmaseutikal dengan pengalaman lebih 12 tahun, yang juga bertindak sebagai penceramah utama.
Beliau berkongsi kepakaran mengenai virus influenza dan kaedah pencegahan secara mudah difahami kanak-kanak.
Untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik, Chai menggunakan ilustrasi bergaya buku cerita bagi menerangkan cara flu merebak dan kaedah pencegahannya.
“Kanak-kanak sangat fokus dan ingin tahu. Menakjubkan melihat betapa cepat mereka belajar apabila kaedah pengajaran sesuai dengan mereka,” katanya.
Beliau turut menasihati ibubapa supaya kekal berwaspada menjelang musim cuti sekolah pada November, apabila perjalanan keluarga meningkatkan risiko jangkitan selesema.
Nasihatnya termasuk mengekalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan, tidak berkongsi perkakas makan, memastikan pengudaraan yang baik, serta memperkuat sistem imun melalui rehat dan senaman.
“Membina tabiat kebersihan sejak kecil membantu kanak-kanak belajar menjaga diri mereka. Apabila mereka gembira belajar tentang kesihatan, itu langkah pertama untuk mencintai diri sendiri,” tambah Chai.
Sepanjang acara, Pasukan Dynamic Kuching mengedarkan lebih 100 hadiah kepada peserta muda bagi menggalakkan kreativiti, pembelajaran aktif, dan semangat komuniti.
Oleh Connie Chieng