Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Konvoi solidariti 60 motosikal ziarah pusara arwah Zara Qairina di Sipitang
  • Utara
  • WILAYAH

Konvoi solidariti 60 motosikal ziarah pusara arwah Zara Qairina di Sipitang

Utusan Sarawak 14 hours ago
KONVOI SOLIDARITI…Nor Rafiah (enam dari kiri) dan peserta konvoi bergambar bersama ahli keluarga arwah Zara pada konvoi solidariti ke Sipitang.

LIMBANG: Sebanyak 60 motosikal dari Limbang dan Lawas menyertai konvoi solidariti sejauh lebih 90 kilometer ke Sipitang baru-baru ini bagi menziarahi pusara Allahyarham Zara Qairina.

Penganjur program, Nor Rafiah (Nora) Zainal berkata, perjalanan konvoi tersebut membuktikan semangat solidariti dan simpati masyarakat terhadap insiden yang menimpa arwah Zara Qairina.

“Alhamdulillah, kami sangat terharu dengan sambutan luar biasa daripada penduduk dan ahli keluarga arwah Zara sebaik tiba di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi Mesapol, Sipitang,” katanya kepada media hari ini.

RAKAM KENANGAN…Peserta konvoi bersama waris dan keluarga arwah Zara Qairina di Tanah Perkuburan Islam Mesapol, Sabah.

Para peserta turut membawa bendera Sarawak sebagai tanda solidariti kepada keluarga arwah.

Nora juga menzahirkan penghargaan kepada semua 60 peserta yang menyertai konvoi tersebut.

“Kehadiran mereka menunjukkan semangat kebersamaan dan nilai kemanusiaan yang masih kuat dalam masyarakat kita,” tambahnya.

Selain melawat pusara arwah, konvoi turut mengadakan bacaan doa dan tahlil sebagai penghormatan terakhir.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Timbalan Pengarah JPJ Sarawak adakan lawatan kerja ke JPJ Cawangan Betong
Next: Gelanggang futsal baharu bakal dibina di Rumah Panjang Luna

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.